For Things To Change, We've To Change!

30 May 2013

Tamat Sudah Pengajianku di Ipg Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Allah kerana telah diberi peluang untuk aku menjalani kehidupan sebagai guru pelatih di IPG KPM....sedar tak sedar sudah lebih 18 bulan aku melewati detik2 terindah penuh suka dan duka bersama-sama rakan guru pelatih yang lain menempuh cabaran sebagai guru pelatih. Walaupun pada usia sebaya aku kini, kebanyakkan rakan2 sekolahku yang dulu telah lama bekerja, namun aku tetap gagah diri untuk belajar. Banyak sungguh ilmu pendidikan yang aku pelajari sama ada secara teori mahupun praktikal....

Memang sudah lama aku tidak aktif dalam penulisan blog, namun petang ini aku gunakan peluang untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman diri. Selepas tamat / hari terakhir aku di IPGKPM pada 24 Mei 2013 yang lalu, aku berdoa agar aku masih berkesempatan untuk ke sana lagi selepas ini...pada sesiapa yang membaca coretan ini , aku pohon kalian agar mendoakan aku agar dipanggil temuduga oleh SPP dan aku berjaya dipostingkan dalam masa terdekat ini.....harap aku berkesempatan utk blogging lagi selepas ini.

Wasalam....