For Things To Change, We've To Change!

15 January 2012

Hari Pertama bergelar Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

Assalamualaikum....

Esok merupakan hari pertama aku dan kawan2 yang lain pergi kuliah...petang tadi coursemate bagitau esok pukul 7.20 am kena berkumpul (assembly la kot) kat BISA. BISA ni singkatan daripada Balai Islam Syaiditina Aisyah...aku dah excited ni...namun ada kerja sikit tadi, dah setel semua,then baru kemas bag utk ke kuliah esok pagi. Doa aku pada Allah agar dipermudahkan segala urusan di esok hari....ingat nak pergi gosok gigi n basuh muka jap...baru tido. tadi dah kol suami dan anak2.....tak sabar rasanya nak balik umah Jumaat ni...cuti seminggu..........

Majlis Pengurusan Pelajar Baru @ IPPM Melaka...

Alhamdulillah.....semua aktiviti berjalan lancar sepanjang Majlis Pengurusan Pelajar (MPP) untuk DPLI- SR di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka, jumlah kami hanya 68 orang sahaja (Sejarah, Pra-Sekolah & BI). Esok hari last MPP. Malam esok akan diadakan bacaan Yasin dan majlis penutup MPP. Terima kasih untuk semua pihak pengurusan MPP (especially JPP), Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka kerana mengalu-alukan kedatangan kami....