For Things To Change, We've To Change!

27 December 2011

IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, Durian Daun, Melaka

Alhamdulillah Ya! Allah....Finally, saya dapat option Sejarah....IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, Durian Daun, Melaka....syukran2 ya! Allah......semua ini aku niatkan atas namaMU yang agung.....permudahkanlah semua perjalanan hidupku demi mendidik anak bangsa...ameen....tahniah untuk semua yang berjaya.....jumpa kalian di sana. Terima kasih untuk semua sahabat handai yang mendoakan yang terbaik untuk aku......tiada kenangan yang paling indah sebagai penutup tahun 2011 bagi aku.....Subhanallah, Alhamdulillah....terima kasih ya! Allah.......

26 December 2011

Pisang Goreng punya Cerita

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.....

Terkejut aku satni. Bukan apa, Nurul Aiman, anak aku yang ke-2 yang berumur 4 tahun ni bagitahu aku apa bahan2 untuk buat pisang goreng. Semalam jiran aku bagi pisang (aku x pasti pisang apa, tapi macam boleh dibuat goreng). Aku cakap, "skrg x boleh makan lagi pisang ni, tunggu ummi goreng petang nanti". Maka, Aiman kata, "Aiman tahu mcmn cara nak buat pisang goreng. Dia mentionlah "Macam tok buatlah, ada tepung, letak gula, garam dan minyak"..terdiam sekejap aku dan kak long Mumtaz..mmg aku x sangka anak aku ni baik juga pemerhatian dia.alhamdulillah lah Aiman..hee....hee...bukan masuk bakul angkat sendiri, tetapi aku nak share kat sini...anak2 kita memang semuanya hebat....memang betul apa yang orang kata, kita adalah apa yang kita fikirkan dan kita adalah cerminan masa hadapan anak2 kita. They can make a differences.............bagilah anak2 kita peluang untuk serlahkan minat mereka dan anda lihatlah sendiri potensi mereka ini. merekalah permata keluarga dan negara kita......alhamdulilllah.....syukur pada Allah.......

25 December 2011

Pengat Durian D24

Assalamualaikum...


Banyak cerita nak share. Dari MYDIN- JAM TANGAN CASIO- SAKIT KEPALA- PENGAT durian DAN KATAK.......ADOILAH....kepala aku masih lagi berdenyut-denyut....dahlah orang lain dah submit Independent Study nyer paper...aku masih x siap2...hampeh juga aku ni....hurm....manalah adik aku x balik lagi ni.....apa yang aku nak fokus dulu masa ni ialah pengat durian.....malam semalam beli durian 7 biji...suami aku belikan. saper lagi? aku tgh menganggurlah katakan.....sebelum maghrib tadi sempat lagi aku masak pengat durian tu...alhamdulillah.....aku pack 4 plastic bagi kat jiran2. masa kat mydin (Sect. 18) tadi aku dah rasa berdenyut-denyut kepala ni....angin kot atau kurang air? entahlah....
apa yang nak aku share adalah 1 resipi yang pertama kali aku masak ni lah...pengat durian...sbnrnyA SENANG sangat nak masak..kalau kawan2 nak cuba, bolehlah refer resepi ni.....


Pengat Durian

Bahan-Bahannya
2 mangkuk isi durian
1 biji kelapa parut
2 keping gula melaka
2 senduk gula pasir (mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara Membuatnya
1. Isi durian disiat-siat menjadi kecil mengikut kesukaan anda.
2. Masukkan isi durian ke dalam periuk bersama gula melaka dan gula pasir.
3. Kemudian, jerangkan ke atas api dan kacau perlahan-lahan hingga empuk.
4. Perah santan kelapa anggaran dua mangkuk kemudian masukkan ke dalam periuk tadi bersama daun pandan.
5. Masukkan juga sedikit garam secukup rasa.
6. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasanya.
7. Setelah cukup masak bolehlah diangkat.
* resipi ni aku copy drpd blog http://menuorangkampung.blogspot.com

oklah...byk lagi nak share...next time ada masa aku story lagi...

21 December 2011

Beli buku sekolah Mumtaz

Alhamdulillah....hari ni dah pun beli buku2 sekolah untuk sessi darjah 2 Mumtaz nanti....dah xberapa lama dah nak masuk 2012...insyaallah kalau ada masa esok nak pergi upah orang jahit baju sekolah kakak. ingat nak beli yang dah siap barang sepasang cuma,,,tup2...Inoi (adik ipar) bagi yang Ika punya. Ika x guna lagi uniform sekolah yg biasa (biru & putih)sbb dia tahun depan ni jadi librarian,,,librariaan pakai uniform khas warna lain..pink kalau x silap aku....takpalah...aku amik ajelah daripada membazir....tadi juga dah papa bawa kereta abah untuk dibaiki diworkshop..effa pun pergi juga...apa lagi ...aiman dan mumtaz pun ikut sama....aku pulak tension hari ni sebab SPSS aku still x reliable...risaunya aku...apa2 pun aku nak juga usahakan sampai achieve point tue.....huuu...huuu.....

19 December 2011

Hari ni semakan GSTT...DPLI @ KPLI 2012

Harap2 aku dapatlah sambung untuk buat DPLI ni.....kalau kawan2 baca blog aku ni....doakan aku sama yer....doa kalian semua aku dahului dengan ucapan terima kasih.......

Pergi PPAS: Seronok Mumtaz & Aiman hari ini....

Assalamualaikum....

Hari ni bangun awal, siapkan pakaian kerja papa, solat Subuh, jemur kain dan kejutkan anak2...lepas mandi dan bersiap ala kadar kami bertolak ke PPAS (Perbadanan Perpustakaan  Awam Selangor)...sebelum tu kami ber3 makan pagi kat umah....seronok bila tengok anak2 aku gembira...gembira sbb tunaikan janji mereka. orang kata, kalau berjanki dgn anak2, mesti ditunaikan....kalau tidak, itu dianggap menipu....alhamdulillah....sblm masuk entrance PPAS tadi aku dah berpesan kepada anak2 aku, "Kakak, pukul 12.30 tgh kita mesti balik"....anak aku yang memang eager nak masuk PPAS ni hanya mengangguk tanda faham. So, masuk je PPAS aku terus ke bahagian kanak2 ni...alhamdulillah...aku biarkan anak2 aku pilih sendiri buku apa yang mereka suka, then aku terus on lappy ni utk continue my thesis.....26hb Dec ni dah nak antar....harap2 aku sempat siaapkan.....banyak lagi story nak share kat blog aku ni...tunggu....seronoknya hati...
Wasalam....

17 December 2011

Wajah2 Kesayangan Hamba

Wajah2 Kesayangan Hamba Slideshow: ILHAM_Suria’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Shah Alam and Tanah Merah (near Kota Bharu, Kelantan) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

16 December 2011

Antara kasih suami dan kasih ibu..

Esok aku dah mula exam. 1 paper jer.(sempat lagi nak jenguk blog sat) tapi takut sangat. kepada emak juga aku curahkan segaja kegelisahan hati aku ni...diam x diam, dah 9 thn lebih aku berkahwin...terpaksalah kasih sayang aku dibahagikan kepada 2 insan tersayang ni...kalau orang kata, kasih ibu membawa ke syurga, itu memang aku setuju...kasih suami juga sama...kata orang lagi jangan sayangkan/ percayakan suami kita 100%...entahlah...mungkin sebab kerana terlalu sayang kita di tinggalkan suatu hari nanti....sbb tu org kata kot...kalau kita berpisah dengan suami (atas sebab tertentu)..sekejap sahaja sedih....tapi kalau kehilangan kasih sayang seorang ibu...meranalah sepanjang hayat....sebab itu orang kata setiap manusia mesti ada ceritanya tersendiri....lain orang, lain pendapatnya...oklah..aku stop mengarut ni....jumpa lagi nanti....akhir kata daripada aku,...semoga Allah permudahkan aku untuk jawap exam petang esok...ammennn..

Inilah mak (pakai handphone biru tu) kesayangan aku untuk selama-lamanya..rasanya tidak terbalas jasa2nya pada aku...andai diberi peluang, ingin aku salutkan emas permata untuknya, tapi apakan daya sehingga kini aku masih tidak punya pekerjaan yang tetap.....apa2 pun doa sentiasa aku titipkan buat mak dan abah....

*tq Dr. A.J...(saya memang suka subject Dr. , SMM860)

14 December 2011

Risau...

Kerisauan aku makin memuncak...macam2 fikir...harap2 dapat siapkan tesis aku ni....research model plak masalah.....huuu ...huu....haru sungguh....sabtu plak dah final test...nasib baik dah study sikit pagi tadi....alamat x tido ler aku malam ni....amekau suria,,,,BERTANGGUH LAGI..................

10 December 2011

Terima Kasih Ustazah....

Salam untuk semua yang sudi membaca blog Ilham Suria ni...syukur pada Allah....dalam aku tengah melihat fb profile picture yang ditukar 2,3 hari lepas...tiba-tiba kenangan lama terimbas kembali. Manakan tidak perempuan yang duduk dihadapan aku itulah insan yang pertama yang menasihati aku tentang hidup yang indah di dunia hanya indah jika dihiasi dengan sikap suka bersabar dan berlembut hati....Terima kasih Ustazah Saodah Bt Junoh. Alang-alang dah teringat ni suka aku nak share dengan kawan2 semua apakah zikir yang Ustazah suruh aku amalkan sewaktu aku berada di tingkatan 2K2 di SMDMPR pada tahun 1994...alhamdulillah Ustazah....dengan kuasa Allah....banyak keajaiban yang berlaku di depan mata aku setelah zikir tersebut aku selalu amalkan....kata2 ustazah sentiasa terngiang-ngiang di telinga aku ini sehinggga ke hari ini...zikir tersebut ialah Asma- Al- Husna...ustazah berpesan, "Suria, selalulah amalkan zikir nama Allah Ya Latif berulang-ulang kali......alhamdulillah memang berkesan....terima kasih ustazah dan teman-teman lama aku yang pernah mengajak aku untuk join program usrah waktu itu....harap pengalaman yang lalu dapat mendekatkan diri aku kembali kepada Allah....rasa cinta kepada Allah, adalah satu perasaan yang indah dan sukar digambarkan dengan kata-kata...illaliqa' ...Wasalam....(Tak sabar nak menulis lagi)

Kenduri Kahwin @ Seksyen 16

Lepas Solat Maghrib tadi bawa anak2 ke Seksyen 16, esok kenduri kahwin. malam ni buat bacaan Yasin dan tahlil....papa kerja malam...tepat jam 10.10pm minta izin pulang daripada atok dan nenek mumtaz & aiman...mak minta datang tgh esok....tapi tak boleh janji...so, lepas tu kami bertiga terus balik ke rumah, singgah kat Poliklinik Shaik jap amik mak su Effa...papa pula terus ke tempat kerja...sian papa naik motor jer...harap2 jgn hujan balik kerja pagi esok....ermmmm....best makanan buffet tadi...nasi lemak sotong dan bihun tomyam plus kuih muih n jus mangga....esok pagi mak su effa kerja pagi masuk pukul 8 am balik malam pukul 10pm...sian mak su...chaiyok2...mood mak su skrg ni ok..dia plan nak beli kereta dalam masa terdekat ni.....

09 December 2011

152,000 anak luar nikah direkod pada 2008-2010

6:12PM Nov 15, 2011

Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menteri berkenaan, Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

"Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Heng berkata, enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

"Program 'outreach' yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011," katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lepas.

"Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut," katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal.

- Bernama

Tahniah Kak Cik n' Suami...



Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan tahniah untuk kak cik Sarkina dan suami...majlis perkahwinan telah diadakan di Bukit Pinang, Kepala Batas, Alor Setar...kami sekeluarga seronok sangat kerana dapat sama2 menjayakan majlis kalian....harap cepat2 dapat baby yer....



Suria dan family juga berharap kita dapat mengeratkan silaturahim...insyaallah bila selesai pengajian akhir tahun ini, Suria bercadang untuk menziarahi saudara mara jauh dan dekat......



Salam sayang,
Ilham Suria.....

Sabar ajerlah....

Sabar...itulah ungkapan yang begitu indah....tapi ada orang yang tak sabar dan x sabar2 lagi....sabar dengan dugaan hidup....sabar sebab x der kerja....sabar dengan karenah suami dan anak2, sabar dengan kawan2 kat tpt kerja, sabar bila jalan jammed, sabar bila kena perli, sabar sebab kena tipu....haaa,,,,ini takleh pakai....hurmm,,,,sabar ajerlah .....

08 December 2011

Tengah berusaha...

Assalamualaikum.....

Seronoknya dapat titipkan secebis kata-kata untuk dijadikan sebagai kenangan satu hari nanti...Hari ni 8 Dec 2011, nampaknya aku tak punya banyak masa lagi untuk dibuang begitu sahaja. 17 Dec ni juga aku akan menghadapi peperiksaan akhir pengajian aku di peringkat Sarjana @ Master ni. Rasanya mmemang tak sabar-sabar lagi nak jawap exam tue,,,tapi apakan daya banyak persiapan yang kena aku buat. Insyaallah case study untuk SMM860 boleh aku siapkan hari ni. Tinggal nak siapkan bahagian methodology dan finding saja lagi.

Kesian kat anak2 aku...mereke ber2 makan tengahari sendiri....aku tak dapat temani hari ni...ummi tengah berusaha nak siapkan homework...insyaallah, harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Thesis pula kena submit pada 26 Dec 2011, harap2 semua siap sebelum tarikh submission tue..semoga Allah kuatkan hati aku ini, berikan aku kesihatan dan memakburkan segala doa2 aku...

Lepas ni bolehlah aku selalu blogging pulak sebelum cari kerja baru.....paling awal cari kerja pada awal Januari 2012...hik....hik...umurpun masa tu dah nak masuk 32 tahun,,,rasa dah tuanya aku ni...apakah cukup amal aku pada Allah..,apakah cukup baik khidmat aku pada keluarga aku? oklah ,,,ada masa nanti, aku mesti nak blogging lagi....banyak perkara yang tak boleh di gambarkan dengan kata2, maka blog ajerlah kita....

Salam sayang,
Ilham Suria....

31 May 2011

rindu......

Salam sayang untuk semua......rindu rasanya sebab dah lama tak menitip kata-kata pujangga ataupun ayat-ayat cinta aku kat blog ni. memang aku akui aku masih baru jadi blogger ni. tapi oklah.....bila aku busy memang tak sempat nak sembang atau story.....

tapi yang aku pasti...tak lama lagi aku akan jadi pengganggur terhormat. sedih memang sedih jugak sebab dah lama tak mengganggur. tapi kata orang, lama2 nanti biasalah tue.....banyak benda dah aku rencanakan dalam fikiran aku ni....sampai masanya nanti akan terlaksana jugak...finally, aku akan jadi free lance....buat apa sahaja kerja, asalkan halal...

salam sayang,
che sue...

25 April 2011

baru nak makan tengahari....

Assalamualaikum....

lama benar rasanya aku tidak menitip kata kat blog aku ni....sebulan lebih....tak sempat dan kerja ada saja yang menuntut aku melupakan seketika laman blog ini...sebenarnya banyak juga story yang termiss nak share....sambil nak makan bihun pagi td ni...aku teringat pulak kat blog ni...letih rasanya lepas abih kelas kul 1.10pm sakni.....aku masuk kelas since 10.50am td , 4 masa direct...tu yg membuatkan aku rasa dahaga sangat2...longlai rasanya.....pi turun kantin beli teh 'o' ais , suh har tu boh dalam bekas air aku....lega sikit dapat air....macam ikan lemas kat sungai yang kering air rasa td....aku ingat nak stay kat sekolah dulu nak buat soalan exam mid term student....kalau balik umah apa lagi kerja lain pulak menanti..tadi aku bangun kul 3.00 pagi ....prepare baju sekolah anak dan baju kerja aku dan siap2 barang sumer....sampai la x titun lagi ler aku ni....huuu....huuu...kalau balik umah sure nak pejam nyer....biler ler kerja aku nak siap kalau asyik pikir letih...sabar ajelah kan....nak kata apa lagi....oklah stop dulu, nak abihkan bihun aku ni yang berbaki sikit lagi....bye..salam.

15 March 2011

Perjuanganku....

Assalamualaikum...
Waktu aku menulis blog ni, jam tepat kul 1.30am...hari ni dah 15/3/11....rasa tak keruan dalam hati dan fikiran aku bila pikir2kan esemen2 yang nak aku completekan sblm 2 April ni....risau Tuhan saja yang tahu.....manakan tidak, online forum pun banyak lagi yang tidak berjawab (for 3 subjects/ paper sem 3 ni..).....rasa nak nangis....hanya kepada Tuhan tempat aku mengadu...masa2 terdekat ni mmg kalut...ada 2 project group kena discuss on Sat and Sun ni...harap papa boleh tolong tengok2kan puteri2 kami....kepada sesiapa sahaja sahabat yang baca blog aku ni, sama ada aku kenal atau pun tidak...tolonglah doakan aku.....semoga aku kuat dan berjaya untuk menyiapkan semua task dalam masa 2 minggu ni....amin...

14 March 2011

Maafkan ummi.....kakak!

Assalamualaikum....

Ini coretan khas untuk anak2ku.....ummi minta maaf seandainya terkurang memberi kasih-sayang...setiap kali selepas menghukum anak2 ummi, rasa bersalah terkesan dihati ummi ini....kesian....tetapi sebalik hukuman ini ummi nak anak2 ummi especially kakak, mengerti bahawa setiap arahan dan suruhan untuk mendisplinkan akak...cuma mungkin di kala umur anak ummi ini 7 tahun masih belum mengerti untuk membezakan setiap arahan merupakan galakan untuk akak lebih kuat suatu hari nanti...kadang-kala tersentuh pilu hati ummi bila kakak memberontak dan tidak menyahut bila nama akak dipanggil ummi....begitu juga bila tiba waktu solat, kakak mesti solat..kerana apa kakak mesti solat dari sekarang....kerana solat itu sahaja yang dapat menjaga kakak dan dengan bersolat juga kakak dapat mendoakan ummi, papa, adik aiman dan keluarga kita......insyaallah kakak, ummi tahu kakak pasti berjaya suatu hari nanti...pesan orang tua2, bila dah berjaya, jangan pula menyombong diri...apabila ummi memukul kakak, rasa diri ini bersalah sangat....kenapa asyik kakak dipersalahkan?....itu soalan yang selalu anakku mumtaz tanya....tapi betullah anak yang pertama mempunyai tanggungjawab yang besar dalam keluarga...kalau adik yang membuat onar, pasti kakak juga disalahkan...kadang2 kesian kat kakak....berilah ummi masa untuk memahami setiap "kebutuhan" anak2 ummi....ummi dalam proses belajar untuk menjadi ibu yang kuat, sabar, tenang dan tabah menghadapi karenah2 diluar jangkauan minda ummi.....terima kasih ya Allah atas kurniaan suami yang sabar dan anak2 yang hebat ini.....syukur alhamdulillah......

07 March 2011

Pasti merindui saat2 bersama kalian.....

Assalamualaikum.....

Awal tahun 2011, beberapa orang cikgu praktikal masuk ke sekolah tempat aku mengajar sekarang ni...dalam 2 kumpulan ni aku rapat dengan 1 kumpulan ni, iaitu praKTIKAL student dari UiTM....diorang mmg best....banyak yang kami share...saat yang paling sedih Bulan April nanti diorang akan tamat praktikal...waktu itu akan datang juga....thank you to Rairol Azumi, Norhafizah and Norazimah....salam sayang selalu utk kalian....

Tiba-tiba lampu terpadam.....

Assalamualaikum.....

Biasanya rutin aku hari-hari lepas prepare dinner untuk family and solat Isyak, aku akan jemur kain kat porch. Lepas aku jemur kain tue, aku akan siram bunga-bunga dalam pasu depan umah aku ni.....dan siram sekali pokok mangga mini yang aku beli kat Garden USJ 3 bulan Januari lalu....nak tahu berapa harga dia, RM140...Tapi yang berbaloi, aku dah boleh rasa hasilnya...berbalik kepada cerita lampu terpadam ni....lepas aku selesai pokok mangga tu, aku sembur 'kuda' aku sekali....(Kuda=kereta aku)....tiba2 aku terperasan lampu kat porch jiran aku terpadam tiba-tiba...masa aku tolak jemuran aku kat tepi depan rak kasut tadi, lampu tu masih terang.....apa lagi dalam hati aku syak macam2....memanglah jiran ni x masuk pindah lagi...tapi aku rasa btanggungjawab plak nak investigate....macam file investigation...har..har...mmm....yang aku pelik, takkan lampu tu bleh padam sendiri....aku bgtau suami aku...dia kata tak ada apa2 kot...dalam hati aku risau...bukan apa, masa lepas maghrib tadi, masa aku siram pokok blkg umah, aku nampak rumah jiran aku yang bernombor 43 ni pintu belakang umah dia tak berkunci...pintu gril ajer yang tutup....dahlah dalam umah tu ada barang2 berharga...(dia tgh renovate umah)....aku harap x der apa2 yang hilang......mmmmm.....nanti aku sambung lagi cerita2 best dalam hidup sehari-hari yang aku lalui....chow dulu....c u!mmuah.....saya sayang kalian sumer.....

04 March 2011

Esok yang mendatang.....

Assalamualaikum....

Dek kerana hambatan waktu kerja yang panjang, sekali sekala aku terbuai dengan impian dan harapan aku yang masih bersisa....esok 5 Mac 2011...ada 2 test menunggu aku dan rakan2 sekelas yang lain...risau dihati ini hanya Tuhan saja yang tahu....sebab apa aku risau? sebab x sempat nak prepare....buat setakat mana yang aku mampu sajalah nampaknya....(malu gak kat kawan2 lain sebab x perform)....tak tahu macamanakan....semoga Tuhan kuatkan hati aku ini.....amin...

23 February 2011

Sabar ajerlah aku!

Assalamualaikum.....

sepanjang 2 thn lebih aku jadi GSTT ni, macam2 karenah students yang aku jumpa....smlm aku tegur 1 group student yang bukak kelab bual kat blkg kelas.....ada ke patut dia bleh balas kat aku, "apa?"....dengan muka bengang giler sebab aku tegur dia...hari ni dia n da' gang x datang sekolah......ramai tue absent. 9 org out of 36....mmmm....gang diaorg 4 org....tunggu esok....apa cerita di sebalik ketidakhadiran diorg ni...mmg nak kena dgn HEM ni....mmm....dahlah ada masalah disiplin lain, rambut kaler lagi, x mo belajar, asyik ponteng, .....ke manakah hala tuju remaja kita hari ni...sebab tu org kata, kalau nak tengok masyarakat kita 10 thn akan dtg, tgklah masyarakat kita pada waktu ni....kalau anda rasa kita perlu atasi masalah ni, sama2lah kita pikir macamana....

Salam sayang,
Cikgu Shamsuria...

* tadi pengetua tanya aku...nak panggil sham or suria....cepat2 aku kata, "mana2 pun bleh, sham pun ok jugak...." (perasan sendiri pun ada aku ni)...hidup ni mmg best....tapi apa yg penting, aku ada semua org yang aku sayang di sekeliling aku, termasuk family, esp. anak2, papa diorg dan cikgu2 yang aku sanjung tinggi.....

16 February 2011

Printer Canon 2700

Alhamdulillah, finally aku beli gak printer canon 2700 tue dengan harga rm170.....harap dapat bertahan ink dia tue sampai hujung semester ni....dahlah aku x der gaji ni.....hehh...hehh.....

Routine aku.....

Assalamualaikum....

sekarang aku kat Library Uitm Puncak Perdana..mata sebenarnya rasa mengantuk giler...hampir tersenguk-senguk sekejap tadi....sebenarnya nak share story...nasib baik hari ni x der sebarang meeting kat sekolah....pagi tadi dah ada sukantara sekolah antara rumah2 sukan kat sekolah aku. pukul 10.30 pagi baru kelas mula balik....kelas 4D aku x x mengajar pun sebab masa tinggal dalam 15 minit macam tu. aku bref sikit untuk Ujian Penilaian 1 pada 7 March ni....lepas sekolah dalam 1.15pm tadi aku keluar dari pagar sekolah terus ke Library Puncak. Hantar buku yang berbaki yang aku dah stand by dalam boot keta...aku mmg dah lewat dari tarikh sepatutnya aku hantar...dah kena denda RM8.40...hilang duit aku sebab sibuk x dan nak antar buku.....takperlah nak buat macamana kan...mmmmm...aku decided to stay sekejap kat library ni until 4 lebih kot....sementara tunggu kak long abih sekolah agama jam 5.30....

boleh aku set soalan ujian PK1 tue sekali....ingat plan malam ni nak print kat umah article utk 2 subject aku tue....database ngan KM...HARAP aku boleh handle kerja banyak ni macam dulu2....insyaallah lah....aku ada 1 story nak share....masa kat kelas 4Z TADI...aku bg tahu students.." lepas amik nota and discuss, kita kemas kelas u all ni sama2 yer....." tahu apa riyadh(boy) tu cakap....boleh cikgu....boleh blah....huuuhhh...anak2 zaman ni....apalah nak jadi...aku warn jugak dia...shaquile pun aku warn...asyik cakap lucah dan guna perkataan negative kat kelas.....sabar ajerlah aku.....oklah...rasa mengantuk dah berkurang...aku nak samb. misi aku petang ni....1) cari article sikit lagi dan 2)buat soalan Sejarah utk PK1....DOA2lah biar aku siap.....amin.....

10 February 2011

Mampukah aku.....

Assalamualaikum......agak sudah lama tiada sebarang coretan hati aku mampu lampirkan di sini. Hari demi hari berlalu begitu pantas,,hari ni sudahpun masuk 10 haribulan Feb....kerja aku kian menimbun-nimbun...termasuk semua kerja sekolah dan kerja master aku....rasa tak terbuat dah ni...esok nak antar record book...boss nak tengok skt...itupun tak siap lagi....mana lagi soalan database yang tak setel, article review yang nak submit untuk 3rd meeting kelas master tak prepare lagi, soalan forum ada berbaki tidak dijawab dan 3rd meeting master ni jugak ada test utk subject strategic planning and database....rasa macam nak nanggis...itu tak termasuk kerja aku sbg ibu dan isteri di rumah.....huuu...huu....tegakah aku....namun aku harap semua ini aku mampu tangani sebaik mungkin....minta2 dengan Allah semoga ada kesihatab yang baik utk kami sekeluarga....manakan tidak ker susah kalau salah seorg ahli keluarga kita sakit....tapi sakit tu juga penghapus segala dosa2 kecil kita....aku pun kadang2 malu dgn rakan2 seangkatan kerana aku tidak sekuat mereka dari segi mental dan fizikal.....semoga aku dapat harungi semua ni.....amin...

29 January 2011

Hilang suara......

Assalamualaikum....dah pun kul 12.09 pagi....suara aku dah hilang.mungkin kerana letih....penat bila pindah masuk rumah baru...tapi tetap gembira....yang penting suami dan anak-anak aku ada bersama-sama...

25 January 2011

Allah tempatku mengadu...

assalamualaikum....

alhamdulillah...sebelum solat Maghrib tadi perut aku rasa sakit sangat...tetapi waktu nak solat tu aku dah rasa ok sikit...time aku menaip ni 2 org puteri kesayangan aku tengah main water colour pemberian pak long mereka...biasalah benda baru jumpa...asyik sangat main colour tue...banyak yang aku nak share sebenarnya...pertama, tentang kasih sayang kepada anak2...bak kata org, biar didalam hati anak2 ada seorang ibu yang boleh dijadikan teladani...itulah harapan aku lately ni...aku rindU momen2 memeluk 2 org anak aku ni...biar kemana diorg pergipun dihati mereka ada aku dan papa diorg...walaupun aku pening dengan tugasan baru sebagai guru BM...secara x langsung jadilah aku guru kelas 3D..aku redha dan menerima....sudah byk tahun aku belajar untuk menerima sesuatu yang baru....tetapi aku tetap bersyukur kerana Allah telah beri aku kekuatan untuk buat semua ni...sbb tu aku kata, Allah sahajalah yang memahami hati dan perasaan aku di waktu aku sedih mahupun gembira, diwaktu aku susah mahupun senang.....aku telah mendaftar untuk menuju ke syurgaNYA...WALAU pun aku tahu aku tidak layak....tetapi selagi ada hayat dikandung badan....akan aku berbuat amal dan berbuat baik setakat mana yang aku mampu...aku akan memaafkan mereka yang telah mengguris hati dan perasaan aku dan aku harap juga kesalahan aku dimaafkan andai aku terlupa atau tersilap kata....

salam sayang.....

Hidup Bagai Putaran Roda...

assalamualaikum.......

banyak perkara yang sehari dua ni....rasa macam lemah sangat...aku rasa macam letih dan rasa bosan sangat......entahlah kenapa....hari ni pulak penyakit lama aku datang...batu karang....huu....huu...sakit perut sangat....walaupun dah banyak air mati yang aku minum....warna air kencing tetap keruh dan gelap...takutnya aku nak menghadapi minor operation lagi....aku tahu servis kat PPUM best...tapi tang operation tu aku segan kat doktor2 kat situ....esok aku nak amik air ECPI dengan ustazah salina, kawan sekolah aku.....kalau kawan2 ada terbaca blog aku ni...tolong sama doakan kesihatan aku...kalau aku sakit ...siapa nak urus anak2 aku.....aku nak sihat....

salam sayang...

20 January 2011

Group Discussion.....

Assalamaualaikum.....

Alhamdulillah...hari ni ada discussion dengan team mate....ciwan, jufri and fiza pun ada...kul 9.00am mula kul 3.30pm kami bersurai....alhdulillah.

14 January 2011

Perjalanan Aktiviti Seminggu....

esok kena ke sekolah lagi....terasa 7 hari seminggu xtvt aku....yang paling penting laksanakan kewajipan yang dituntut.....esok LADAP 1, mESY. kELAB gURU AND mAJLIS PERpISAHAN MANTAN Pengetua......lusa xtvt (AHAD)....OPS pindah....

12 January 2011

letih....plus mengantuk.....

assalamualaikum....

aku rasa macam exaustic sgt2....huuu....huuu.....rasa kesian kat anak2 aku bile aku dah mula kerja ni....papa pun sama....pagi xtvt aku pergi kerja, sblm tu antar kakak ke sks20 dan antar adik ke taska ceri....balik kuar sekolah kul 1.15pm...jammmed lagi amik akak kul 1.40pm paling awal....kalau papa keje ptg atau malam dia akan amik kakak....kalau papa kerja pagi tugas aku lah....mmmm.....amik kakak balik mandi, solat zuhur dan makan...lepas tu siap2 ke sekolah ugama kul 2.30pm...ptg amik dia dalam kul 5.30pm...pagi tadi aku tanya, dia ok tak sekolah ugama,,,dia kata ok...kalau dia kata macam x larat gitu...aku ingat nak stop ajerlah...kesian kat dia..balik sek ugama dia gi mengaji iqra' (Quran)....aku lak siapkan makan malam...masa tu jugak buat kerja lain....antara masa akak masuk sekolah agama tu aku gi kedai beli apa yang patut dan kadang2 aku akan balik masak dululah....letih sebenarnya......sampai kul 11pm baru aku tidur tambah rest....lepas maghrib aku teman kakak tengok homework dia dulu...kena biasakan dia dengan jadual ni....sbb mmg tough jugak ni.....aku cakap, kakak kena sabar utk jadi org yang berjaya......insyaalllah...semuanya akan ok nanti....tadi aku tertidur kejap kat meja kerja aku ni...nasib baik cikgu lain x perasan...manalah tau kan..berdengkur ke hapa nanti...malu pulak aku nanti.......
petang ni ada mesyuarat panitia mata pelajaran sejarah.......nasib baik papa akan amik kakak kat sekolah nanti dan antar sekolah agama....kalau tidak pasti aku terkocoh-kocoh balik awal daripada cikgu2 lain....janganlah pengetua perasan...kalau tak, jenuh kena jawab....hehh...hehhh...

11 January 2011

Kereta rosak @ Traffic Light

Isnin 10/01/2011(lebih kurang pukul 8.00pm)....peristiwa yang mungkin aku tak akan lupa buat selama-lamanya...masa on the way balik ke rumah malam tadi, kereta aku rosak kat tengah2 traffic-light dekat Jalan Glenmarie-Batu Tiga opp. Brunsfield building....gelabah giler aku masa tu...mmg tak dapat bernafas aku rasa....nasib baik ada hamba Allah tue tolong aku tolak tepi...sebelum hubby aku datang ngan anak2...nak dipendekkan citer minyak clutch aku leaking, that y aku tak bleh nak change gear....mmg fear factor betullah....kul 10.00pm masih kat w/shop...nasib baik mechanic tu nak buat jugak...so pagi ni dapat jugak aku ke sekolah...alhamdulillah......terima kasih utk suami aku,org yang tolak keta aku ke tepi jalan tue,mechanic and pakcik guard tue....

08 January 2011

Issues In Knowledge Management

Alhamdulillah....Dr. Laili Hashim yang mengajar....semuanya bestlah....sekarang dah jam 7.45pm....rasa letih dan lapar...dalam hati budak2 ni memang dah nak balik ni....apa2 pun balik nanti kena bukak balik sumer note....baca and revise...

Thank you Dr. Laili...

Database Management for Information Work

Adoi....risau gak aku dengan paper Database ni...risaunyer...sungguh...mase degree dulu belajar...ingat tak jumpa lagi.... harap2 bleh la aku buat...ya Allah...tolonglah hambaMu ini...thanks Dr. Norman...and thank you to Dr. Dang Merduwati...insyaallah...

strategic planning...

Assalamualaikum...

Dear Dr. Dang,

From my opinion strategic management is the process that used in organization that enable organization to achieve their objective. It focused on on intergreting management, marketing, finance or accounting, production or operations, research and development and computer information system to achieve organizational success.

The purpose of strategic management is to exploit and create new and different opportunities for tomorrow, long-range planning, in contrast, tries to optimize for tomorrow the trends of today.

The strategic-management process consist of three stages:

a) Strategy formulation
Strategy formulation include developing a vision and mission, identify an organizational internal and external opportunities and
threat, determining internal strength and weakness, establishing long-terms objectives, generating alternatives strategies and
choosing particular strategies to pursue.

b) Strategy implementation- requires a firm to establish annual objectives, devise policies, motivate employees and allocate resources
so that formulated strategies can be executed. Strategic implementation also called the "action stage" of strategic management
where it mobilizing employees and manager to put formulated strategic into action.

c) Strategy evaluation- is the final stage in strategic management. Manager desperately need to know when particular strategies are not working well: strategic evaluation is the primary means for obtaining information. A ll strategies are subject to future modification because external and internal factors are constantly changing. Three fundamental strategy-evaluation activities are (1) reviewing external and internal factors that are the bases .....

kutu oh! kutu....

kesian Aiman....aku langsung tak perasan yang kepala aiman ada kutu....kesian anak aku.....aku tak salahkan taska ke apa...cuma risau skang ni....apa2 pun 1st action aku akan potong rambut dia sampai pendek....dia macam terkejut ajer bile effa (mak su dia) jumpa kutu kat kepala dia....patutlah kepala dia digaru2 selalu......takpa nanti ummi beli sikat kutu utk adik ok....jangan risau...semua masalah bleh setel nanti....insyaallah...

Pindah Rumah.....Berhijrah...

Januari 2011 baru seminggu berlalu....macam2 perkara aku lalui...dan yang terbaru....kami sekeluarga akan berhijrah. insyaallah....berhijrah bersama semangat yan baru...apa yang penting anak2 dan suami aku ada bersama aku dikala susah mahupun senang.....esok mula bersihkan rumah baru....dah tak sabar ni...walaupun letih, aku tetap happpy.....yahooo....

Kelas Pertama....Semester Ketiga 2011....

Assalamualaikum....

Sekarang dah jam 9.25am.....aku sampai fakulti tadi jam 8.45...breakfast dulu...dengan kawan2 sume....tapi aku rasa semester ni student kelas aku ni semakin berkurang....timbul tanda tanya dalam kepala aku....co-ordinator baru kitorang yang baru ialah En. Shafawi. Hopefully semester ni tak ada masalah. Dalam hati Tuhan yang tahu betapa risaunya aku untuk berdepan dengan asigment yang bakal diberi oleh lecturer kitorang ni....

Alhamdulillah...pagi tadi dalam jam 6.00am aku dah mula prepare makanan untuk lunch untuk family aku tengahari nanti. aku masak simple saja...sup ayam, sambal ikan dan sambal belacan plus ikan gelama masin. efa ada kat umah. esok baru balik kolej. abang suri awal2 lagi dah kuar gi kerja. arini dia outstation ke Melaka.

aku wish semuanya berjalan lancar. Ya Allah! Permudahkan urusan hambaMu ini....mana lecturer ni...x sampai2 lagi....

Tetap tenang apa jua,
cHE sue

06 January 2011

Alhamdulillah...

Assalamualaikum....

Rasa penuh kesyukuran dipanjatkan pada Allah s.w.t yang banyak memberi aku kekuatan dalam mengharungi kehidupan sehari-hari ini....Januari 2011 bermula dengan 1001 cerita dan pengalaman baru......Nurul Aiman kembali ke Taska Ceri, Nurul Mumtaz pula telah masuk darjah 1 (7.20am- 1.00pm)....waktu pagi sek. keb....petang mumtaz ke sekolah ugama integrasi pula(2.30PM-5.30pm).....balik sekolah petang dia akan ke rumah ustazah jiran kat area rumah aku ni untuk mengaji pula.....

alhamdulillah...rasa bersyukur juga sebab aku mula dapat mendidik untuk solat fardhu...lebih2 lagi solat subuh...balik tghari sblm ke sekolah ugama aku juga pastikan dia solat zohor dahulu....semoga berterusanlah....aku harap dia akan dapat jaga solatnya....aku pun rasa bersyukur pada Allah sbb aku dapat sambung mengajar lagi.....semua inlah yang dikatakan rezeki....walaupun gaji aku dan suami cukup2 untuk kami anak-beranak, tapi aku rasa syukur pada Allah.... kami bahagia...

semalam pemaju sudah telefon meminta kami mengambil kunci rumah kami yang sudah siap di jalan kebun....alhamdulillah...kami dah periksa...insyallah, kalau tidak ada aral hari minggu kami akan ke sana untuk membersihkan rumah...hari sabtu aku ada kelas kat itm puncak perdana...(8.30am sampai lah 8.30pm)...lama tue....insyaallah...semuanya akan berjalan lancar nanti...apa yang aku harapkan dalam hidup ini tidak banyak sebenarnya....pertama kebahagiaan aku dan keluarga dan rezeki yang berkat dariNya....satu lagi aku harap Dia dapat masukkan aku dalam list penghuni syurgaNya.....dan aku nak bawak sekali suami, anak2, mak + abah aku dan semua ahli keluarga yang lain.....insyaallah....bila Allah dah bagi apa yang kita pohon,,,,,makanya perbaikilah amalan kita seharian ni...itu ingatan untuk diri aku sendirilah....amalan sesama manusia, dengan alam sekitar dan yang penting amalan kepada Dia.......

Salam kesyukuraN.......

*dah tak sabar nak sambung cerita lagi....banyak benda nak share...