For Things To Change, We've To Change!

27 December 2011

IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, Durian Daun, Melaka

Alhamdulillah Ya! Allah....Finally, saya dapat option Sejarah....IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, Durian Daun, Melaka....syukran2 ya! Allah......semua ini aku niatkan atas namaMU yang agung.....permudahkanlah semua perjalanan hidupku demi mendidik anak bangsa...ameen....tahniah untuk semua yang berjaya.....jumpa kalian di sana. Terima kasih untuk semua sahabat handai yang mendoakan yang terbaik untuk aku......tiada kenangan yang paling indah sebagai penutup tahun 2011 bagi aku.....Subhanallah, Alhamdulillah....terima kasih ya! Allah.......

26 December 2011

Pisang Goreng punya Cerita

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.....

Terkejut aku satni. Bukan apa, Nurul Aiman, anak aku yang ke-2 yang berumur 4 tahun ni bagitahu aku apa bahan2 untuk buat pisang goreng. Semalam jiran aku bagi pisang (aku x pasti pisang apa, tapi macam boleh dibuat goreng). Aku cakap, "skrg x boleh makan lagi pisang ni, tunggu ummi goreng petang nanti". Maka, Aiman kata, "Aiman tahu mcmn cara nak buat pisang goreng. Dia mentionlah "Macam tok buatlah, ada tepung, letak gula, garam dan minyak"..terdiam sekejap aku dan kak long Mumtaz..mmg aku x sangka anak aku ni baik juga pemerhatian dia.alhamdulillah lah Aiman..hee....hee...bukan masuk bakul angkat sendiri, tetapi aku nak share kat sini...anak2 kita memang semuanya hebat....memang betul apa yang orang kata, kita adalah apa yang kita fikirkan dan kita adalah cerminan masa hadapan anak2 kita. They can make a differences.............bagilah anak2 kita peluang untuk serlahkan minat mereka dan anda lihatlah sendiri potensi mereka ini. merekalah permata keluarga dan negara kita......alhamdulilllah.....syukur pada Allah.......

25 December 2011

Pengat Durian D24

Assalamualaikum...


Banyak cerita nak share. Dari MYDIN- JAM TANGAN CASIO- SAKIT KEPALA- PENGAT durian DAN KATAK.......ADOILAH....kepala aku masih lagi berdenyut-denyut....dahlah orang lain dah submit Independent Study nyer paper...aku masih x siap2...hampeh juga aku ni....hurm....manalah adik aku x balik lagi ni.....apa yang aku nak fokus dulu masa ni ialah pengat durian.....malam semalam beli durian 7 biji...suami aku belikan. saper lagi? aku tgh menganggurlah katakan.....sebelum maghrib tadi sempat lagi aku masak pengat durian tu...alhamdulillah.....aku pack 4 plastic bagi kat jiran2. masa kat mydin (Sect. 18) tadi aku dah rasa berdenyut-denyut kepala ni....angin kot atau kurang air? entahlah....
apa yang nak aku share adalah 1 resipi yang pertama kali aku masak ni lah...pengat durian...sbnrnyA SENANG sangat nak masak..kalau kawan2 nak cuba, bolehlah refer resepi ni.....


Pengat Durian

Bahan-Bahannya
2 mangkuk isi durian
1 biji kelapa parut
2 keping gula melaka
2 senduk gula pasir (mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara Membuatnya
1. Isi durian disiat-siat menjadi kecil mengikut kesukaan anda.
2. Masukkan isi durian ke dalam periuk bersama gula melaka dan gula pasir.
3. Kemudian, jerangkan ke atas api dan kacau perlahan-lahan hingga empuk.
4. Perah santan kelapa anggaran dua mangkuk kemudian masukkan ke dalam periuk tadi bersama daun pandan.
5. Masukkan juga sedikit garam secukup rasa.
6. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasanya.
7. Setelah cukup masak bolehlah diangkat.
* resipi ni aku copy drpd blog http://menuorangkampung.blogspot.com

oklah...byk lagi nak share...next time ada masa aku story lagi...

21 December 2011

Beli buku sekolah Mumtaz

Alhamdulillah....hari ni dah pun beli buku2 sekolah untuk sessi darjah 2 Mumtaz nanti....dah xberapa lama dah nak masuk 2012...insyaallah kalau ada masa esok nak pergi upah orang jahit baju sekolah kakak. ingat nak beli yang dah siap barang sepasang cuma,,,tup2...Inoi (adik ipar) bagi yang Ika punya. Ika x guna lagi uniform sekolah yg biasa (biru & putih)sbb dia tahun depan ni jadi librarian,,,librariaan pakai uniform khas warna lain..pink kalau x silap aku....takpalah...aku amik ajelah daripada membazir....tadi juga dah papa bawa kereta abah untuk dibaiki diworkshop..effa pun pergi juga...apa lagi ...aiman dan mumtaz pun ikut sama....aku pulak tension hari ni sebab SPSS aku still x reliable...risaunya aku...apa2 pun aku nak juga usahakan sampai achieve point tue.....huuu...huuu.....

19 December 2011

Hari ni semakan GSTT...DPLI @ KPLI 2012

Harap2 aku dapatlah sambung untuk buat DPLI ni.....kalau kawan2 baca blog aku ni....doakan aku sama yer....doa kalian semua aku dahului dengan ucapan terima kasih.......

Pergi PPAS: Seronok Mumtaz & Aiman hari ini....

Assalamualaikum....

Hari ni bangun awal, siapkan pakaian kerja papa, solat Subuh, jemur kain dan kejutkan anak2...lepas mandi dan bersiap ala kadar kami bertolak ke PPAS (Perbadanan Perpustakaan  Awam Selangor)...sebelum tu kami ber3 makan pagi kat umah....seronok bila tengok anak2 aku gembira...gembira sbb tunaikan janji mereka. orang kata, kalau berjanki dgn anak2, mesti ditunaikan....kalau tidak, itu dianggap menipu....alhamdulillah....sblm masuk entrance PPAS tadi aku dah berpesan kepada anak2 aku, "Kakak, pukul 12.30 tgh kita mesti balik"....anak aku yang memang eager nak masuk PPAS ni hanya mengangguk tanda faham. So, masuk je PPAS aku terus ke bahagian kanak2 ni...alhamdulillah...aku biarkan anak2 aku pilih sendiri buku apa yang mereka suka, then aku terus on lappy ni utk continue my thesis.....26hb Dec ni dah nak antar....harap2 aku sempat siaapkan.....banyak lagi story nak share kat blog aku ni...tunggu....seronoknya hati...
Wasalam....

17 December 2011

Wajah2 Kesayangan Hamba

Wajah2 Kesayangan Hamba Slideshow: ILHAM_Suria’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 2 cities Shah Alam and Tanah Merah (near Kota Bharu, Kelantan) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

16 December 2011

Antara kasih suami dan kasih ibu..

Esok aku dah mula exam. 1 paper jer.(sempat lagi nak jenguk blog sat) tapi takut sangat. kepada emak juga aku curahkan segaja kegelisahan hati aku ni...diam x diam, dah 9 thn lebih aku berkahwin...terpaksalah kasih sayang aku dibahagikan kepada 2 insan tersayang ni...kalau orang kata, kasih ibu membawa ke syurga, itu memang aku setuju...kasih suami juga sama...kata orang lagi jangan sayangkan/ percayakan suami kita 100%...entahlah...mungkin sebab kerana terlalu sayang kita di tinggalkan suatu hari nanti....sbb tu org kata kot...kalau kita berpisah dengan suami (atas sebab tertentu)..sekejap sahaja sedih....tapi kalau kehilangan kasih sayang seorang ibu...meranalah sepanjang hayat....sebab itu orang kata setiap manusia mesti ada ceritanya tersendiri....lain orang, lain pendapatnya...oklah..aku stop mengarut ni....jumpa lagi nanti....akhir kata daripada aku,...semoga Allah permudahkan aku untuk jawap exam petang esok...ammennn..

Inilah mak (pakai handphone biru tu) kesayangan aku untuk selama-lamanya..rasanya tidak terbalas jasa2nya pada aku...andai diberi peluang, ingin aku salutkan emas permata untuknya, tapi apakan daya sehingga kini aku masih tidak punya pekerjaan yang tetap.....apa2 pun doa sentiasa aku titipkan buat mak dan abah....

*tq Dr. A.J...(saya memang suka subject Dr. , SMM860)

14 December 2011

Risau...

Kerisauan aku makin memuncak...macam2 fikir...harap2 dapat siapkan tesis aku ni....research model plak masalah.....huuu ...huu....haru sungguh....sabtu plak dah final test...nasib baik dah study sikit pagi tadi....alamat x tido ler aku malam ni....amekau suria,,,,BERTANGGUH LAGI..................

10 December 2011

Terima Kasih Ustazah....

Salam untuk semua yang sudi membaca blog Ilham Suria ni...syukur pada Allah....dalam aku tengah melihat fb profile picture yang ditukar 2,3 hari lepas...tiba-tiba kenangan lama terimbas kembali. Manakan tidak perempuan yang duduk dihadapan aku itulah insan yang pertama yang menasihati aku tentang hidup yang indah di dunia hanya indah jika dihiasi dengan sikap suka bersabar dan berlembut hati....Terima kasih Ustazah Saodah Bt Junoh. Alang-alang dah teringat ni suka aku nak share dengan kawan2 semua apakah zikir yang Ustazah suruh aku amalkan sewaktu aku berada di tingkatan 2K2 di SMDMPR pada tahun 1994...alhamdulillah Ustazah....dengan kuasa Allah....banyak keajaiban yang berlaku di depan mata aku setelah zikir tersebut aku selalu amalkan....kata2 ustazah sentiasa terngiang-ngiang di telinga aku ini sehinggga ke hari ini...zikir tersebut ialah Asma- Al- Husna...ustazah berpesan, "Suria, selalulah amalkan zikir nama Allah Ya Latif berulang-ulang kali......alhamdulillah memang berkesan....terima kasih ustazah dan teman-teman lama aku yang pernah mengajak aku untuk join program usrah waktu itu....harap pengalaman yang lalu dapat mendekatkan diri aku kembali kepada Allah....rasa cinta kepada Allah, adalah satu perasaan yang indah dan sukar digambarkan dengan kata-kata...illaliqa' ...Wasalam....(Tak sabar nak menulis lagi)

Kenduri Kahwin @ Seksyen 16

Lepas Solat Maghrib tadi bawa anak2 ke Seksyen 16, esok kenduri kahwin. malam ni buat bacaan Yasin dan tahlil....papa kerja malam...tepat jam 10.10pm minta izin pulang daripada atok dan nenek mumtaz & aiman...mak minta datang tgh esok....tapi tak boleh janji...so, lepas tu kami bertiga terus balik ke rumah, singgah kat Poliklinik Shaik jap amik mak su Effa...papa pula terus ke tempat kerja...sian papa naik motor jer...harap2 jgn hujan balik kerja pagi esok....ermmmm....best makanan buffet tadi...nasi lemak sotong dan bihun tomyam plus kuih muih n jus mangga....esok pagi mak su effa kerja pagi masuk pukul 8 am balik malam pukul 10pm...sian mak su...chaiyok2...mood mak su skrg ni ok..dia plan nak beli kereta dalam masa terdekat ni.....

09 December 2011

152,000 anak luar nikah direkod pada 2008-2010

6:12PM Nov 15, 2011

Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menteri berkenaan, Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

"Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Heng berkata, enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

"Program 'outreach' yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011," katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lepas.

"Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut," katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal.

- Bernama

Tahniah Kak Cik n' Suami...



Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan tahniah untuk kak cik Sarkina dan suami...majlis perkahwinan telah diadakan di Bukit Pinang, Kepala Batas, Alor Setar...kami sekeluarga seronok sangat kerana dapat sama2 menjayakan majlis kalian....harap cepat2 dapat baby yer....



Suria dan family juga berharap kita dapat mengeratkan silaturahim...insyaallah bila selesai pengajian akhir tahun ini, Suria bercadang untuk menziarahi saudara mara jauh dan dekat......



Salam sayang,
Ilham Suria.....

Sabar ajerlah....

Sabar...itulah ungkapan yang begitu indah....tapi ada orang yang tak sabar dan x sabar2 lagi....sabar dengan dugaan hidup....sabar sebab x der kerja....sabar dengan karenah suami dan anak2, sabar dengan kawan2 kat tpt kerja, sabar bila jalan jammed, sabar bila kena perli, sabar sebab kena tipu....haaa,,,,ini takleh pakai....hurmm,,,,sabar ajerlah .....

08 December 2011

Tengah berusaha...

Assalamualaikum.....

Seronoknya dapat titipkan secebis kata-kata untuk dijadikan sebagai kenangan satu hari nanti...Hari ni 8 Dec 2011, nampaknya aku tak punya banyak masa lagi untuk dibuang begitu sahaja. 17 Dec ni juga aku akan menghadapi peperiksaan akhir pengajian aku di peringkat Sarjana @ Master ni. Rasanya mmemang tak sabar-sabar lagi nak jawap exam tue,,,tapi apakan daya banyak persiapan yang kena aku buat. Insyaallah case study untuk SMM860 boleh aku siapkan hari ni. Tinggal nak siapkan bahagian methodology dan finding saja lagi.

Kesian kat anak2 aku...mereke ber2 makan tengahari sendiri....aku tak dapat temani hari ni...ummi tengah berusaha nak siapkan homework...insyaallah, harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Thesis pula kena submit pada 26 Dec 2011, harap2 semua siap sebelum tarikh submission tue..semoga Allah kuatkan hati aku ini, berikan aku kesihatan dan memakburkan segala doa2 aku...

Lepas ni bolehlah aku selalu blogging pulak sebelum cari kerja baru.....paling awal cari kerja pada awal Januari 2012...hik....hik...umurpun masa tu dah nak masuk 32 tahun,,,rasa dah tuanya aku ni...apakah cukup amal aku pada Allah..,apakah cukup baik khidmat aku pada keluarga aku? oklah ,,,ada masa nanti, aku mesti nak blogging lagi....banyak perkara yang tak boleh di gambarkan dengan kata2, maka blog ajerlah kita....

Salam sayang,
Ilham Suria....