For Things To Change, We've To Change!

18 May 2012

Our Journey! Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Our Journey! Slideshow Slideshow ★ to Petaling Jaya and Melaka (near Malacca City). Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

15 May 2012

Final Exam @ IPG KPM

Alhamdulillah...untuk hingga ke hari ni dah 2 paper final exam kami tempuh kat sini...memang rasa risau sangat...harap2 kami dapat result yang baik nanti....doakan kami di sini yer...

Selamat Hari Guru 2012

Assalamualaikum....

Sempena 16 Mei 2012 esok, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan....

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik...

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara!

Ayuh kita membimbing anak bangsa menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara!

Sayangilah murid-murid sebagaimana kita menyayangi ahli keluarga kita sendiri....

Semoga Allah berkati segala usaha-usaha kita dalam mencari dan menyampaikan ilmu...

Salam perjuangan untuk semua....ameen...

08 May 2012

Sekitar photo shoot convocation ke 76 UiTM @ Tasik Shah Alam n Menara UiTM


Cahaya Mohamad


Jemputan Konvokesyen



Seronok nak share dengan kawan2 semua....sebahagian gambar2 yang shoot 5/5/2012 yang lepas...memang takkan lupa kenangan dengan kawan2 sekelas ni....sayang semua kerana Allah....
With Nurul Mumtaz & Nurul Aiman, ummi sayang kakak n adik....
Kak Salasiah
Cha, kak Sal, Naza & aku....


Inilah aku.....I luv UITM...
UiTM memang best....special thanks goes to all beloved lectures and friends...i love u alls! 

Perempuan yang hebat

Alhamdulillah......Rasa bersyukur...terima kasih Allah kerana banyak membantu aku.....terima kasih juga teman2 sekelas yang banyak menyokong...hanya Allah saja yang mampu membalas jasa2 baik kalian......terima kasih.........
Nak share dengan teman-teman juga....sedikit bingkisan yang saya petik daripada bacaan buku bertajuk "Sulaiman, sang penakluk hati" oleh Fatih Beeman...sama2 kita hayati......

"Perempuan hebat bukan dilihat daripada paras wajahnya, tetapi dari kecantikkan hati yang ada di baliknya.

Perempuan hebat bukan dilihat daripada bentuk tubuhnya yang mempersonakan tetapi dilihat daripada sejauhmana dia menutupi bentuk tubuhnya.

Perempuan hebat bukan dilihat daripada banyaknya kebaikan yang ia berikan, tetapi daripada keikhlasan saat dia memberikan kebaikan itu.

Perempuan hebat bukan dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering lidahnya ucapkan.

Perempuan hebat bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi dilihat daripada bagaimana dia berbicara.

Perempuan hebat bukan dilihat daripada keberaniannya dalam berpakaian, tetapi dilihat daripada sejauhmana dia berani mempertahankan kehormatannya.

Perempuan hebat bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di jalan, tetapi dilihat daripada kekhuatiran dirinya yang mengundang orang untuk tergoda.

Perempuan hebat bukan dilihat daripada seberapa banyak dan besarnya ujian yang dijalani, tetapi dilihat daripada sejauhmana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.

Akhir sekali,

Perempuan hebat bukan dilihat daripada seberapa supelnya (perkataan Indonesia...) dalam bergaul, tetapi dilihat daripada sejauhmanakah dia bisa menjaga kehormatannya dalam bergaul..."

Special thanks goes to Fatih Beeman, the writer of "Sulaiman, Sang Penakluk Hati"...Alhamdulillah pembacaan saya sudah tamat. Terima kasih juga buat Adik Fadhilah Sukimin (PISMP PA JAN 2012)....sebab bagi pinjam baca buku ni......

05 May 2012

Raptai Konvokesyen & Ambil Jubah @ UiTM Shah Alam

Alhamdulillah hari ni rasa sungguh rasa bersyukur kepada Allah....pagi tadi selepas prepare makan tengahari untuk suami dan anak2, aku terus ke UiTM Shah Alam...akhirnya aku akan konvo dengan sahabat2 sekelas Msc. Infomation Mgt (IM770). Aku gi sorang2 jer. Bukan x nak bawak anak, aku wurry as if diorg keletihan. aku sampai dalam 10.50am dah tadi. sesampai kat sana, kawan2 aku dah masuk DTC, ada yang dah amik jubah dan ada yang masih belum amik. aku akan konvo pada 12 Mei 2012 ni....dan paling bersejarah...Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim, sendiri akan menganugerahi kami sidang pertama dan kedua scroll tu nanti. Pada hari tersebut akan diadakan adat istiadat pertabalan Tuanku sebagai Cancelor UiTM yang baharu...Insyaallah, semua akan berjalan lancar nanti. Sungguh seronok dapat jumpa Fiza, Cahaya, Erni, Kak Wan, Kak Ina, Kak Sal, Ciwan, Zura, Tini, Naza dan tak sempat nak jumpa semua sbb masing2 ada hal. Masa kat parking, masa nak keluar  tadi, nampak Jufri baru sampai bersama tunangnya. Ini memang kenangan terindah aku untuk pertengahan tahun ni....Balik umah lepas solat Zohor, terus terbonkang...hak...hak..bangun tidur papa baru lepas siap catkan living room. anak2 pula tengok tv...lepas solat Zohor, temankan papa beli bunga ros. ermm...nak guna malam ni...dan sekarang aku kononnya nak study PJK, untuk UAK pada hari Isnin ni. tak tahu macamana, cikgu Omar kata suh tukar hari lain exam tu.....oklah....my sweet diary....see u then....bye....salam.

* esok plan nak ke Tasik Shah Alam untuk photo shot bersama cha, erni, kak sal sempena hari convocation kami....harap Allah memudahkan segala urusan aku....

03 May 2012

Syok sendiri...

Tak sedar pula...kadang2 kita tak perasan kita syok sendiri....huuu....huuu.....dah terkena baru nak sedar....amik padan muka aku sendiri..... :(

02 May 2012

Alahai Projek Inovasi

Nak kata sedih, terharu , terkilan, menyesal, semua pun ada....kesian pulak kat diri sendiri....walaupun paper RBK2101M tue tak der final exam, namun result yang aku dapat hari ni sedikit sebanyak akan menggugat result keseluruhan aku sem ni...dah ler projek ni tugasan kumpulan. kesian kat teammate aku tu juga. x pasal2 dia juga terkena dek sebab kesilapan aku...malu woi..dapat result projek paling corot dalam kelas...macamana ler aku nak jadi cikgu KH kalau x reti reka cipta, inovasi semua ni...agak2 nyer, cuti 3 minggu nanti kena attend course kot....huuu.....huuuu.....malu, segan kat cikgu Rosli sbb x boleh perform betul2....menyesal pun tak guna dah, result dah finalize....seingat aku aku pernah dapat markah paling corot masa kelas math darjah 6 tahun 1992 dulu....kini sejarah berulang lagi...kalau dulu aku murid darjah 6, tapi skang ni sebagai guru pelatih berumur 32 tahun....malu sunggguh.....Tuhan saja yang tahu.....rasa mmg. x layak nak lead lagi lepas ni.

Kelas Pendidikan Islam

Alhamdulillah.....sekarang tengah berlangsung test bacaan Al-Quran surah Al-Falaq dan Surah Al-Kafirun...Ustaz Ibrohim nak test tertumpu kepada bacaan huruf Ain.....lagi 4 orang ...sampai turn saya....he...hee...kejap lagi Present Pendidikan Inklusif pulak....insyaallah....boleh ni......

01 May 2012

Selamat Hari Pekerja

Alhamdulillah.....hari ni ada kelas ganti....semuanya oklah...happy.....dan petang ni ada raptai sukan untuk esok. sian kat Dr. Segahran....dia pun dah letih....n proceed esok untuk recheck tugasan...