For Things To Change, We've To Change!

31 March 2012

Sulaiman "Sang Penakluk Hati"

Seronok baca buku karya Fatih Beeman yang berjudul Sulaiman....walaupun berbahasa Indonesia, masih boleh difahami message yang ingin disampaikan oleh penulis.....terima kasih untuk adik Fadhilah Sukimin (PISMP PA JAN 2012)...sebab bagi pinjam baca buku ni...kata adik Fadhilah, buku karya Fatih Beeman ini dibeli sewaktu beliau melawat ke Pondok Modern Darussalam Gontor, Jawa Timur Indonesia...(buku ni dibeli di La Tansa Islamic Bookstore)...seronok bila ada masa nak baca buku....teringin pula nak suruh member dari Pekanbaru belikan novel2 dan karya2 sastera dari sana.....

Gara-gara EtiQa Takaful.....Jom baca!


Assalamualaikum semua...Nak share experience saya  hari ni  ngan kawan-kawan semua.....hari ni saya naik bas pergi Mahkota Parade...naik bas tambang RM1.....dah bertahun lama x naik bas...seronok juga...ada conductor juga...mmg kenangan x dapat saya lupa sampai bila2....risau juga bercampur takut...sebab tak biasa...sampai Mahkota Parade, tanya orang mana jalan nak pergi Etiqa Takaful.....Ya! Allah....jauh juga Etiqa Takaful dari situ....menapak ler saya sorang-sorang meninjau-ninjau (ada ke dalam kamus perkataan ni)...dalam hati Tuhan saja yang tahu, takut dan cemas....alhamdulillah....jumpa akhirnya Etiqa Branch Melaka Tengah ni..rasa seronok nak share ngan kawan2...dulu saya datang Melaka ni belum ada Melaka Parade, skrg..macam2 dah ada....seronok tengok bandar Melaka....orang-orang Melaka pun baik-baik.....Sebelum balik  ke IPG tadi, singgah MPH kat Melaka Parade....dapat baucar ler katakan...habis saya borong buku-buku favorite yang dah lama saya teringin nak beli. Kalau nak tunggu atau duit sendiri, lambatlah sikit dapat...sebab kena kumpul duit dulu sebelum beli...Habis saya belanjakan RM200 duit baucar belian buku tu..

Nasib baik cashier tue terima baucar yang kurang jelas copnya tue..kenalah saya tulis balik nama IPG dan sign sikit kat situ.......Terima kasih banyak kepada yang berkenaan yang bagi baucar ni. Mula2 ingat x dapat, tetapi alhamdulillah sgt2.....masa kat kaunter buku MPH tu,ternampak ler pulak classmates...barulah hati berbunga....hak...hakk....seronok bila nampak Fazi dan Eda kat MPH...saya tak pasti diorang beli atau tak buku kat MPH tue...lepas tu kami gi Chicken Rice Shop. Sebelum balik singgah Giant, Fazi ngan Eda beli sedikit barang keperluan....

Jam dah hampir pukul 6 petang....Fazi telefon Uncle Kumar untuk jemput kami kat depan Mc D depan Mahkota Parade....sampai bilik dah dekat 6.45 petang....letih juga sebab dari pukul 1 lebih keluar IPG...tak berenti kaki saya berjalan...sian kaki saya...kalau ada orang urutkan tentu bestkan.....he..he..memang kenangan tak dapat dilupakan betul hari ni.....nak tukar T-Shirt KRS pun x sempat....nampaknya...esoklah pulak kena keluar, uruskan semua ni.....

.
Akhir sekali, terima kasih kerana sudi baca corat-coret saya ni...apa yang anda semua tidak tahu fasal saya? jawapannya ialah saya sayang kalian semua....ikhlas tapi jauh.....jumpa lagi nanti....daaaaaaa........(nanti saya share lagi cerita2 best dalam hidup saya yang saya rasa perlu saya kongsikan bersama kalian, insyaallah..) Hari ni pun ada cerita best kat IPG....Sempena Sambutan Hari Sastera Ke-15.....lain masa saya story k....salam sayang untuk semua......Selamat Malam.

25 March 2012

Kehidupan @ IPG KPM (DPLI SEJARAH)

Ana sayang kalian semua!!!!

Sesungguhnya Cinta Aku Hanya Kepada Allah....

           Ana percaya sungguh yang Allah selalu tengok dan akan bantu kita kalau kita susah....hari2 ana berdoa agar dibukakan seluas-luasnya rahmat dan rezeki untuk kita.....biarlah kematian itu datang kepada kita bilamana kita semmgnya telah bersedia....
              Tugas kita sbg. hamba Allah ialah selalu bersyukur padaNya dan minta agar semua doa umat Islam di muka duinia ini dimakbulkan olehNya.....Jangan lupa berdoa untuk saudara seagama kita di Palestin, Syria, Somalia dan di mana sahaja yang hidup mereka penuh dengan kesedihan dan kesengsaraan....kalau kita meletakkan diri kita di tempat mereka...aduhai...sedihnya...pilunya hati ini....nasib kita lebih baik daripada mereka .....oleh itu, mulai hari ni kita sama2 bertekad supaya La Tahzan.....dan akhir kata daripada ana tengahari ni ialah marilah kita selalu bersangka baik kepada Allah...kalau kita jaga Allah, Allah akan jaga kita....penuhilah segenap ruang hatimu dengan dengan rasa cinta yang meluap-luap kepada Allah.....Sama2 kita Selamat Beramal....semoga hari ni lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ni....ameeennn...;p

Laptop Roommate Rosak

Kesian kat Nida kawan bilik aku...laptop dia rosak...dah antar kat PC specialist tadi..harap esok dah ok...aku dan dia pergi ke MC petang tadi sebebnarnya nak gi antar repair...nasib baik Pakcik driver "Pak Akob" bagi contact number specialist tue....Terima kasih Allah kerana membantu kami....kesian Nida....dia tidur awal malam ni....aku masih tengah nak siapkan article review  utk paper Pengantar Sejarah ni...harap boleh siap dalam 1,2 hari ni...Terima kasih Ya, Allah.....

Novel: Cinta Budak Hostel (Chapter 4)


Bab 4: Hari pertama di 4 Melur

            Selepas melewati tiga puluh minit perhimpunan, semua pelajar bergerak menuju ke kelas masing-masing dalam barisan yang di kawal oleh pengawas yang bertugas. Aifa dan Hanim berbual-bual sambil melihat kumpulan pengawas yang sedang bertugas. Sesekali mereka berdua tergelak kecil. Mereka berdua gelagat mereka diperhatikan oleh Mumtaz dan Sabrina. Aifa dan Hanim ditempat di kelas yang sama iaitu di kelas empat Kenanga.
            Ketika melewati kelas empat Seroja, Mumtaz dan Sabrina sempat mengerling pelajar yang sedang ralit berbual-bual sesama mereka. Mungkin juga mereka tidak sedar bahawa keadaan mereka begitu bingit sekali. Mumtaz melihat jam di tangannya yang menunjukkan pukul lapan sepuluh minit pagi. Masih awal lagi dan waktu ini merupakan waktu kedua. Kelihatan guru-guru mula memasuki kelas. Hari ini merupakan hari pertama pelajar-pelajar tingkatan empat akan memulakan kelas mengikut aliran yang telah ditetapkan. Apabila telah masuk ke kelas empat Melur, Sabrina dan Mumtaz rasa begitu gembira. Rupa-rupanya Iman dan Sofia sudah pun masuk ke kelas lebih awal daripada mereka berdua. Hari itu pelajar kelas empat Melur cuma ada tiga puluh lima orang dan jumlah ini mungkin akan berubah mengikut keadaan memandangkan kebarangkalian masih ada lagi pelajar baru yang akan masuk ke kelas ini.
            Sabrina dan Mumtaz memilih untuk mengambil kedudukan di belakang Noramira dan Khairiah. Manakala kedudukan Sofia dan Iman pula di belakang Sabrina dan Mumtaz. “Assalamualaikum dan selamat pagi kelas,” jelas kedengaran ucapan salam daripada seorang guru perempuan di muka pintu kelas tingkatan empat Melur. Keadaan kelas yang agak kebisingan tadi terdiam seketika. Pelajar menjawab salam cikgu tadi beramai-ramai. Sebenarnya mereka tidak pernah melihat cikgu tersebut di sekolah mereka sebelum ini. “Selamat memulakan sesi persekolahan 2007 dan cikgu ingin memperkenalkan diri cikgu dahulu sebelum kamu memperkenalkan diri masing-masing”, cikgu Insyirah memulakan bicaranya di hari pertama, di sekolah pertamanya di mana sekolah yang mula-mula dia ditempatkan setelah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Mata pelajaran opsyen cikgu Insyirah ialah Bahasa Melayu dan Sejarah.
“Nama cikgu ialah Nurul Insyirah Bt. Muhammad Khalid dan cikgu berasal daripada Pulau Pinang”, beritahu cikgu Insyirah ringkas mengenai dirinya. Selepas itu pelajar-pelajar memperkenalkan diri masing-masing. Cikgu Insyirah juga meminta kelas untuk melantik ketua dan penolong ketua tingkatan. Pelajar-pelajar telah sepakat melantik Goh Wen Lee sebagai ketua tingkatan dan Farisya dilantik sebagai penolong ketua kelas empat Melur. Bagi jawatan-jawatan lain seperti setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa keceriaan dan kebersihan akan  dipilih sendiri oleh cikgu Insyirah dalam masa yang akan diumumkan tidak lama lagi. Pada perjumpaan pertama dengan pelajar-pelajar kelasnya, cikgu Insyirah juga meminta mereka supaya mengembalikan kedua-dua borang maklumat dan data diri pelajar melalui Goh Wen Lee atau Farisya selaku ketua dan penolong ketua kelas empat Melur. Sebelum masa cikgu Insyirah berakhir pada pagi itu, dia memberitahu pelajar-pelajarnya supaya menyediakan buku nota untuk mata pelajaran Sejarah yang akan diajar olehnya untuk kelas empat Melur. Sebelum keluar daripada kelas, cikgu Insyirah juga sempat berpesan supaya Goh Wen Lee menyenaraikan nama-nama pelajar empat Melur supaya memudahkan proses pendaftaran dalam buku daftar kelas dan buku rekod guru kelas. Nama pelajar untuk setiap kelas juga penting untuk setiap guru mata pelajaran bagi semakan dan kemasukkan markah ujian penilaian dan peperiksaan penggal.
Sekejap sahaja dirasakan masa berlalu. Waktu rehat bermula kira-kira jam sembilan lima puluh lima minit pagi. Waktu rehat digunakan oleh para pelajar tingkatan empat untuk mengenali rakan-rakan baru masuk kelas masing-masing.
“Hai Sofia, boleh saya join awak ke kantin?”, tanya Alia kepada Sofia sebaik sahaja dia siap mengemaskan kotak pensel dan buku notanya. “Boleh, apa salahnya Alia. Kami pun hendak ke kantin ni”, jawab Sofia sambil tersenyum kepada Alia. Pada tahun lalu, Alia baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman Jaya. Dia telah mengikuti ayahnya berpindah dari Kuantan. Ayah Alia merupakan seorang anggota Tentera Malaysia yang berpengkalan di Kem Batalion 301, Batu Sebelas dan ibunya pula ialah seorang jururawat di Hospital Besar Tanah Merah. Alia tinggal di Taman Sri Kenanga, tidak jauh dari Bandar Tanah Merah. Hanya kira-kira lima kilometer jarak dari rumahnya ke sekolah. Mereka berdua berjalan beriringan bersama-sama dengan Mumtaz, Iman dan Sabrina.
Sewaktu menuruni tangga bersebelahan bilik guru, Sofia terpandang ke arah pelajar tingkatan lima yang sedang berkumpul di hadapan pusat sumber sekolah. Salah seorang daripada kumpulan pelajar tersebut ialah Ahmad Edzani. Aizzat Emir, Syamil Mukhriz, Amar Zakuan turut kelihatan.  Mungkin mereka menghadiri taklimat yang dipengerusikan oleh cikgu Hasnol salah seorang guru mata pelajaran Matematik untuk pelajar tingkatan lima. Sofia hanya menunduk pandangannya dan sesekali terdengar Iman mengusik Sabrina dengan niat agar Sabrina dapat menjadi pasangan kepada penjaga gol bola sepak sekolah mereka, siapa lagi kalau bukan jejaka berambut lurus dan berkening lebat itu, Syamil Mukhriz. 
Sampai sahaja di kantin sekolah, Mumtaz meminta nasi goreng untuk dirinya dan Iman manakala Sofia dan Sabrina membeli dua set sandwich dan Alia membeli sebungkus nasi lemak. Masing-masing memesan air sirap untuk menghilangkan dahaga. Kemudian mereka bergerak ke meja yang masih kosong berdekatan dengan pokok mangga di hujung kawasan kantin sekolah. Sesekali ada juga angin bertiup sejuk dengan lambaian daun-daun pokok di sekeliling padang sekolah bergerak-gerak mengikut alunan angin yang bertiup.
            Nampaknya Alia juga tidak kekok apabila berbicara dengan kumpulan Generasi Hebat ini. Walaupun dia tidak tinggal di asrama bersama-sama ahli kumpulan itu, dia nampak betah dan mudah masuk gang.  “Bagaimana Alia, awak suka sekolah ini ke?”, tanya Iman kepada Alia sambil mengunyah perlahan-lahan nasi goreng yang sedang dimakannya itu. “Saya rasa gembira datang ke sekolah ini, dapat kawan-kawan baru dan guru-gurunya peramah sekali”, jawab Alia. “Sofia, boleh tak kalau saya ingin join kumpulan awak ini untuk kumpulan belajar nanti?”, tanya Alia pula kepada Sofia. Sofia mengangguk. “Boleh apa salahnya, kami mungkin akan buat belajar berkumpulan mengikut jadual bergantung kepada aktiviti persekolahan kita. Awak boleh join kami nanti, jangan risau ya”, kata Sofia sambil tersenyum dan menepuk-nepuk bahu Alia.
            Jam sepuluh setengah pagi kelas bermula semula. Guru belum sampai ke kelas. Sofia dan kawan-kawannya mula membuat bulatan. Mumtaz dan Sabrina berpusing ke belakang menghadap Sofia dan Iman.  Amylia dan Athirah juga kelihatan rancak berbual-bual. Hazeem dan Asyraf juga kelihatan berbual-bual di meja mereka berhadapan pintu hadapan kelas empat Melur. Goh Wen Lee dan Farisya juga berbual sepertinya berbincang sesuatu mengenai kelas mereka. Sesekali Farisya menulis sesuatu pada kertas.
            “Cikgu datang”, tiba-tiba jerit Hazeem apabila dia ternampak cikgu Sabariah menghala ke kelas empat Melur. Betullah cikgu Sabariah masuk ke kelas empat Melur. Rupa-rupanya cikgu Sabariah ingin mengumumkan bahawa rayuan untuk pelajar-pelajar menukar aliran masih dibuka sehingga hari Khamis ini. Tidak lama kemudian cikgu Penolong Kanan Kokurikulum sekolah pula yang masuk ke kelas. Puan Angelina Tan masuk ke kelas untuk memaklumkan bahawa esok dan lusa akan diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kokurikulum sekolah. Esok akan merupakan perjumpaan untuk kelab dan persatuan manakala lusa akan diadakan perjumpaan untuk sukan dan permainan. Tidak sampai lima minit Puan Angelina Tan beredar dari kelas empat Melur dan masuk ke kelas empat Seroja pula.
            Petang itu di asrama, pelajar-pelajar mula mengikut kelas pengajian Al-Quran bersama dengan Ustazah Saodah, seorang tenaga pengajar luar yang memantau dan memberi pendidikan pengajian Al- Quran di asrama.  Di asrama putera pula, seorang ustaz bertanggungjawab memantau jadual pengajian Al-Quran mereka. “Iman, nanti kita turun sama-sama ya untuk ke kelas Al-Quran sekejap lagi”, beritahu Sofia kepada Iman setelah dia selesai solat Zohor. Usai melipat kain telekung sembahyangnya dan meletaknnya didalam loker, Sofia ke katil Iman sementara menunggu Iman menyarungkan tudung ke kepalanya. Nampaknya, ramai juga pelajar-pelajar lain yang sudah ke bilik pengajian Al-Quran. Begitu juga dengan Sabrina dan Mumtaz. Semasa dekat bilik air tadi Sofia ternampak Mumtaz selesai mencuci pakaian sekolahnya. Manakala Sabrina sudah turun untuk pengajian Al-Quran tadi. Dari katil Iman, Sofia terdengar ada orang memanggil namanya. “Ya, Aifa. Awak sakit ke?”, sahut Sofia seraya dia bertanyakan keadaan dorm matenya itu. “Saya period, rasa sakit sangat perut ni”, jawab Aifa sambil memegang perutnya. Kelihatan mukanya merah dan berpeluh-peluh menahan sakit perut senggugut dek kerana datang bulan. Sofia melabuhkan punggungnya di katil Aifa. Dia mengosok tangan Aifa perlahan untuk melegakan sedikit rasa sakit Aifa walaupun dia tahu cara itu mungkin tidak berkesan. “Sekejap ya Aifa, saya rasa ada bawa panadol menstrual. Saya periksa dahulu dalam loker”, kata Iman pula kepada Aifa sambil berdoa dalam hatinya yang ubat itu benar-benar ada dalam simpanannya. Timbul pula rasa kasihan Iman dan Sofia kepada Aifa.
Tidak lama kemudian, Iman datang semula kepada Aifa yang masih mengerang kesakitan dan menghulurkan panadol yang berwarna ungu itu kepada Aifa. Air mineral juga diberikan kepada Aifa supaya dia boleh meminumnya nanti setelah makan ubat. Sofia juga membantu Aifa untuk bangun untuk makan ubat. “Aifa, awak tidur dulu ya selepas makan ubat ini.  Saya akan tandakan nama awak tidak hadir dalam borang dengan ustazah Saodah nanti. Jangan risau ya, rehat dulu”, kata Sofia sejurus Aifa selesai makan ubat dan meminum air yang dibawa oleh Iman tadi.
            Tiba di bilik pengajian Al-Quran, Iman menoleh kepada beberapa orang penghuni asrama lain yang tekun membaca Al-Quran. Dua orang pelajar akan datang ke pergi hadapan ustazah Saodah untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran mereka. Ustazah Saodah akan membetulkan setiap bacaan pelajar ini dari segi bacaan dan hukum tajwid.  Selesai sahaja membaca Al-Quran, Sofia terus menandakan kehadirannya dan menulis ‘D’ untuk Aifa dalam borang di sebelah ustazah Saodah. Sebenarnya ‘D’ itu bermaksud datang bulan.  Setelah selesai semuanya, Sofia terus berlalu untuk naik ke bilik bacaan di tingkat empat.
            Sudah mengikut peraturan asrama, setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis pelajar-pelajar akan diwajibkan mengikut kelas pengajian Al-Quran. Pada pukul dua petang pula bermula waktu untuk pelajar-pelajar asrama untuk menelaah pelajaran. Waktu ini juga dipanggil sebagai waktu ‘prep’, ataupun waktu belajar. Walaupun jadual kelas belum diperolehi, semua pelajar sudah maklum semua mata pelajaran yang akan di ambil pada sessi persekolahan 2007 ini. Sofia menulis sesuatu pada buku catatan hariannya. Kemudian dia memasukkan semula pen Pilot 0.7 berwarna hitam ke dalam kotak pensilnya. Dia menoleh kepada beberapa pelajar lain yang ada di situ dan pandangannya kembali kepada Mumtaz yang begitu asyik dengan novel kegemarannya itu. Tajuk novel itu amat menarik perhatian Sofia. Novel itu katanya diberikan oleh ibunya sewaktu cuti persekolahan pada Disember yang lalu. Penulis novel itu sangat diminati oleh Mumtaz, iaitu Ain Maisarah. Iman dan Sabrina pula leka membaca Majalah Dewan Pelajar yang dibeli oleh Sabrina minggu lalu.
            Tepat jam empat setengah petang bermula minum petang. Sofia memanggil nama Mumtaz perlahan. Apabila Mumtaz memandangnya, Sofia menaikkan ibu jarinya ke mulut tanda ingin pergi minum petang. Mumtaz pun menutup novel berwarna merah jambu itu dan melihat tanda pada mukasurat terakhir yang dibacanya itu. Sofia sekilas memandang tajuk novel itu, Aku Mahu Saiz S. Dia berharap satu hari dia dapat meminjam novel itu daripada Mumtaz. Tanpa menunggu lama, Sabrina dan Iman turut membontoti mereka untuk turun ke dewan makan asrama. Nampaknya kuih kegemaran Sofia, kuih lepat pisang tersedia sebagai juadah minum petang pada hari itu. Mereka minum sambil berbual-bual. Sesekali, Sofia teringat juga kepada Aifa yang sakit tadi.

**         **         **         **         **         **         **

Rahsia Penulisan

Alhamdulillah, finally dapat juga aku tengok rahsia penulisan yang dikongsikan oleh novelis Hilal Asyraf....syukur pada Allah.....rasanya aku masih ada ruang untuk teruskan penulisan novel aku. Rasa nak siapkan juga...sayang kalau dibiarkan berhenti kat situ saja...kat sini aku senaraikan 7 rahsia yang dikongsi oleh adik Hilal Asyraf ni...rasa seronok dan bangga dengan anak kelahiran Johor ni.....apa yang penting dalam menulis ialah:

1) Dengan membaca karya orang lain- sebagai latihan....
2) Ilmu
3) Pengalaman hidup
4) Cita- cita
5) Semangat
6) Rasa ingin berkongsi dan
7) Mempunyai matlamat yang jelas

Insyaallah, belum terlambat untuk kita....

24 March 2012

Novel: Cinta Budak Hostel (Chapter 3)


Bab 3: Januari…Bermulanya kisah

Ring……. Kedengaran jam loceng menunjukkan jam 5.30 pagi. Beberapa orang pelajar mula bangun dan menuju ke bilik air. Seawal jam 5 pagi sudah ada pelajar yang bangun. Ini kerana terpaksa mandi dan bersiap-siap awal untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di surau sekolah. Usai solat Subuh pelajar-pelajar akan mendengar tazkirah daripada Ustaz Hassan yang merupakan salah seorang warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman Jaya. Biasanya tajuk tazkirah berkisar kepada tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa, kepada guru, tanggungjawab sebagai pelajar, perkara-perkara fardu ain, hubungan manusia sesama manusia serta alam sekitar dan juga tidak ketinggalan tazkirah ini akan mengutarakan perkara-perkara fardhu kifayah dan melibatkan soal ibadat seorang Islam. 
Mumtaz bangun dan mengejutkan Sabrina dan Iman di sebelah katilnya. Sofia kelihatan masih malas untuk bangun tetapi digagahi juga bangun dan mencapai tuala mandi dihujung katilnya. Mereka mencapai baldi dan alatan mandi yang berada di bawah katil dan segera menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Sebelum itu Iman juga telah mengejutkan pelajar tingkatan satu yang merupakan junior pada sesi persekolahan tahun ini. Mereka masih perlu dikejutkan dan dalam proses untuk belajar bangun sendiri dan mereka juga belajar untuk berdikari tanpa bantuan orang lain. Pendek kata, perkataan berdikari  ini juga sering disama ertikan dengan berdiri di atas kaki sendiri. Setelah siap membersihkan diri pelajar bersiap-siap memakai telekung sembahyang menuju ke surau sekolah. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki turut menyertai kumpulan jemaah perempuan menuju ke surau. 
Jam tujuh pagi kelihatan sudah ramai pelajar menuju ke dewan makan untuk mengambil sarapan pagi. Iman dan Sabrina sudah tidak sabar-sabar lagi untuk ke sekolah. Rindu mereka kepada sekolah rasanya sudah tidak tertahan-tahan lagi. Lebih-lebih lagi rindu kepada rakan-rakan taulan dan guru-guru yang banyak memberi tunjuk ajar kepada mereka. Pagi itu menu sarapan pagi adalah nasi lemak dan teh ‘o’. Mereka juga boleh mengambil sendiri air masak suam atau air mati yang disediakan oleh pihak kantin asrama. “ Ramai juga pelajar tingkatan satu yang baru masuk,” kata Sabrina memulakan perbualan mereka. “Yalah Rin, kebanyakkan mereka ini memilih untuk tinggal di asrama. Mungkin juga kerana mereka tinggal agak jauh dari sekolah yang menyebabkan mereka rasa akan lebih selesa tinggal di asrama.” Balas Mumtaz sebagai tanda bersetuju dengan pendapat Sabrina. Sofia dan Iman hanya mengangguk-anggukkan kepala mereka sekali sekala. Sofia senang sekali membiarkan kawan-kawannya bercakap-cakap dan dia sendiri cuba menghabiskan sisa-sisa suapan terakhir nasi lemak mak cik kantin. Setahu mereka makcik kantin itu bernama Makcik Hamidah dan dia dibantu oleh anak lelakinya yang bernama Jamal dan anak perempuannya yang bernama Nabila.
Tiba-tiba terbayang wajah ibunya di rumah. Mesti ibunya sunyi dengan ketiadaan dia waktu ini. “ Aik cik Sofia, termenung jauh nampak”, tegur Iman sambil tersengih-sengih. Sofia tersenyum…” Semua dah makan ke? Sekarang sudah pukul 7.10 pagi”, ujar Mumtaz setelah dia sudah menghabiskan nasi lemaknya. Mereka berjalan beriringan melalui meja makan Aifa dan kawan-kawannya. Aifa juga merupakan pelajar tingkatan empat pada sesi 2007  ini. Mereka terdiri daripada empat orang pelajar iaitu Hanim, Nurul dan Fatihah dan Aifa sendiri dilantik sebagai ketua kumpulan mereka. Sofia dan kumpulan Generasi Hebat kurang menyenangi Aifa dan kawan-kawanya yang lain kerana mereka suka menonjolkan diri dan cuba menarik perhatian pelajar-pelajar lain melalui cara berpakaian dan cara mereka bercakap di khalayak ramai. Walaupun kurang menyerlah dalam pelajaran, tetapi berbekalkan paras rupa yang agak cantik kumpulan Aifa tetap merasa bangga dengan kurniaan Allah itu. Bagi Sofia, perkara yang paling utama ialah mendapat kecermerlangan dalam setiap matapelajaran dan aktiviti kokurikulum dan sentiasa menghormati dan patuh guru-guru dan menjaga hubungan baik dengan rakan- rakan. Kadang-kala Sofia pun hairan kenapa Aifa tidak mahu menegur dia dan kawan-kawanya yang lain. Kalau nak dibandingkan dari segi paras rupa, Aifa lebih cantik. Mukanya seiras pelakon Diana Danielle. Kulit cerah dan matanya bersinar-sinar. Bibirnya juga cantik, merah merekah bak buah delima. “Ah! Pedulikanlah apa sahaja alasannya, yang penting aku tidak mengganggu hidup mereka”, fikir Sofia sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Jam berwarna hitam jenama Q & Q di tangan menujukkan tujuh dua puluh lima minit pagi. Sabrina menjeling sekilas kearah jam tangannya manakala Iman mundar-mandir sementara menunggu pengumuman daripada pengawas bertugas untuk memulakan perhimpunan pagi itu. Sofia dan Mumtaz masih duduk di kerusi di hadapan perpustakaan sekolah sementara menantikan perhimpunan bermula. Mereka berdua lebih suka melihat gelagat pelajar-pelajar yang gamat dan agak riuh pada hari pertama persekolahan. Memang satu perasaan yang indah dengan suasana pelajar yang sedang bergelak ketawa, bergurau senda sesama mereka. “Mumtaz, alhamdulillah sangat ya sebab kita masih dapat bersama-sama lagi tahun ini”, Sofia memulakan bicara. Dia tahu Mumtaz pun mempunyai perasaan sepertinya. “Yalah, Pia. Saya rasa sudah tidak sabar lagi untuk memulakan  kelas pertama kita”, balas Mumtaz sambil tersenyum kepada Sofia. Pia adalah nama pendek yang digunakan oleh kawan-kawan rapatnya untuk Sofia.
“Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pelajar, sila betulkan barisan anda mengikut tingkatan dan berhenti bercakap”, pengawas memberi arahan untuk memulakan perhimpunan pada pagi itu. Kelihatan guru-guru juga telah memenuhi kerusi-kerusi yang telah dikhaskan untuk mereka. Setelah lagu Negaraku dinyanyikan, pengawas bertugas telah mempersilakan Tuan Pengetua, Tuan Haji Taib B. Sulaiman. Orangnya walaupun sudah berumur tetapi masih segak, bergaya dan kelihatan begitu berkarisma sekali. Lebih-lebih lagi setiap kali dia berucap dan berkata-kata, pasti setiap mata terpegun dek kerana patah-patah perkataan yang dituturnya begitu bernas dan jelas sekali. He must be good speaker!
“Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar dan guru-guru yang dikasihi sekalian”, Tuan Pengetua memulakan ucapannya dengan begitu bersemangat sekali. Mungkin beliau juga merindui pelajar-pelajar yang sudah lama tidak ditemuinya. Sekali-sekala beliau tersenyum dan menyambung kembali ucapannya. “ Saya berasa bersyukur kerana Tuhan masih memanjangkan umur kita semua untuk bertemu pada perhimpunan pagi ini. Saya berharap tahun baru 2007 akan memberi anda penuh semangat dan keazaman untuk mencapai 1001 kejayaan dalam apa juga bidang yang anda ceburi sama ada bidang akademik mahupun kokurikulum.   Saya berharap kerjasama pelajar-pelajar dan guru-guru khasnya akan memberi lebih banyak lagi kejayaan untuk  sekolah kita”. Semua pelajar memberikan tepukan gemuruh untuk Tuan Pengetua setelah dia selesai memberikan ucapannya.
Sebelum perhimpunan bersurai, pelajar-pelajar menyanyikan lagu sekolah dan pengawas bertugas juga membuat beberapa pengumuman penting. Dua orang guru yang bertugas pada minggu pertama persekolahan pada minggu itu ialah Encik Ramli B. Othman dan Puan Siti Nah Bt. Yusof.  Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) iaitu Puan Adilah Bt Najimudin juga meminta dan mengarahkan pelajar-pelajar tingkatan empat supaya berkumpul di Dewan Sri Budiman untuk taklimat pelajar tingkatan empat. Ianya berkaitan penempatan pelajar tingkatan empat untuk aliran yang bersesuaian dengan keputusan yang diperolehi oleh mereka. Mereka layak untuk memasuki sesebuah kelas berdasarkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diperolehi oleh mereka. 
Selepas Puan Adilah selesai membuat pengumuman, semua pelajar diminta untuk masuk ke kelas masing-masing mengikut barisan yang telah ditetapkan dengan pengawasan oleh pengawas-pengawas yang bertugas.
Di dalam Dewan Sri Budiman, keadaan hinggar-binggar bertukar menjadi sunyi sepi dengan kehadiran Puan Adilah dan juga dua orang guru daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, iaitu Puan Noraini Bt. Maulana dan Cik Sabariah Bt. Ibrahim. Mereka berdua adalah orang penting yang akan bertanggungjawab bagi penempatan pelajar tingkatan empat mengikut aliran yang bersesuaian dengan mereka.
Pada pertemuan pertama itu, Puan Adilah telah mengingatkan agar setiap pelajar supaya sentiasa kelihatan kemas dan mematuhi peraturan sekolah seperti sentiasa berambut pendek, memakai tanda nama sekolah, tidak merokok, tidak ponteng kelas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung dan sentiasa menjaga nama baik sekolah sama ada berada di dalam ataupun di luar waktu persekolahan. Pelajar perempuan juga mesti memakai tudung ataupun uniform sekolah mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti tudung atau pinafore yang tidak terlalu singkat dan sebagainya.
Puan Noraini dan Cik Sabariah mula  mengagih-agihkan dua borang untuk setiap pelajar. “Iman, kita perlu isikan borang ini sekarang ke?, tanya Mumtaz kepada Iman setelah borang tersebut sampai ke tangannya. “Entahlah Mumtaz, saya rasa baik kita dengar dulu arahan daripada Cikgu Noraini dan Cikgu Sabariah, ok tak?” balas Iman kepada Iman sambil menaikkan satu ibu jari kanannya. Mumtaz hanya menganguk-gangukkan kepalanya tanda bersetuju dengan idea Iman. Sofia dan Sabrina hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka berdua yang duduk selang dua orang pelajar lain di hadapan mereka. Setelah hampir empat puluh minit berlalu, barulah selesai taklimat tersebut dan pelajar dibenarkan oleh guru-guru yang mengawasi mereka sepanjang program hari itu untuk keluar dari dewan untuk waktu rehat mereka.Tetapi semua pelajar perlu kembali semula ke Dewan Sri Budiman pada jam sepuluh setengah pagi untuk taklimat yang seterusnya.
Sofia melihat jam Q&Q ditangan kanannya. Jam waktu itu menunjukkan tepat pukul sepuluh pagi. Dalam sekelip mata sahaja pelajar tingkatan empat seramai tiga ratus lima puluh orang itu telah mengosongkan Dewan Sri Budiman dan beredar ke kantin. Sofia jalan beriringan bersama Sabrina, Mumtaz dan Iman untuk menyertai mereka. Dari jauh juga kelihatan Aifa dan rakan-rakannya telah berjaya mendapat makanan dan tempat duduk mereka. Manakala Sofia dan kumpulannya masih belum memesan apa-apa makanan. Lantas, Iman mengajak kawan-kawannya untuk hanya membeli makanan ringan sahaja sebagai mengalas perut. Tambahan pula mereka sudah pun mengambil sarapan pagi di kantin asrama sebelum ke sekolah pagi tadi. “Sofia, kita duduk bawah pokok depan sana sahajalah ya?”, tanya Sabrina pula kepada Sofia. “Jomlah, lagipun semua meja macam penuh”, jawab Sofia sekilas matanya terpandang kepada beberapa mata yang memerhatikan mereka.
“Best juga ada pokok mangga di sini, siap ada meja sekali”, kata Mumtaz sambil melabuhkan punggungnya di situ. “Ini rezeki kita kawan-kawan” tambah Sofia pula. Mereka hanya makan dua keping roti sandwich dan minum air mineral sejuk. “Banyak juga nak isi nanti borang yang cikgu beri tadi, bolehlah kita fill-up dekat asrama petang nanti’, kata Mumtaz kepada kawan-kawannya. “Saya risaulah, tidak tahu mana harus dipilih sama ada ingin masuk kelas Sains Tulen atau Sub Sains”, tiba-tiba Iman meluahkan rasa hatinya. “Saya rasa awak tidak perlu risau Iman, sebab sekejap lagi kita masih ada waktu untuk bertanya dengan Cikgu Noraini dan Cikgu Sabariah. Mereka pasti boleh tolong kita”, Sabrina cuba menyakinkan Iman dan beberapa kali menepuk tangan kawannya itu bagi menenangkannya. Nampak raut lega di wajah Iman seketika.
Setelah jam menunjukkan jam sepuluh setengah pagi, ini bermakna waktu rehat bagi tingkatan empat sudah tamat. Pelajar tingkatan lima pula akan menyusul sebentar sahaja lagi. Dewan Sri Budiman sekali riuh-rendah seketika dan kembali senyap untuk memberi tumpuan kepada penerangan yang bakal diberikan oleh cikgu Noraini dan cikgu Sabariah. “Pelajar-pelajar sekalian, kami telah membuat penempatan kelas untuk awak semua. Esok pagi sila rujuk nama dan kelas awak semua di papan notis di bilik Bimbingan dan Kaunseling. Sekiranya ada apa-apa masalah sila jumpa dengan kami berdua”, cikgu Noraini yang selalu tersenyum itu memang petah berkata-kata dan melegakan hati pelajar-pelajar. Setelah cikgu Sabariah menerangkan cara-cara untuk mengisi dua borang maklumat pelajar, pelajar dibenarkan pulang pada jam satu sepuluh minit petang.
Sewaktu pelajar sesi pagi pulang ke asrama, ramai pelajar sesi petang sudah bersiap-siap untuk mula ke sekolah. Sofia dan kawan-kawannya terus melangkah ke dewan makan asrama untuk menjamu selera tengahari itu. Lauk hari itu ialah sayur sawi goreng, sambal sotong dan sepotong buah tembikai berwarna kuning tanpa biji. Masa ambil makanan di kaunter tadi, Sofia terasa ingin minta lebih buah tembikai tetapi dia segan kalau pelajar lain nampak apatah lagi pelajar lelaki juga ada beratur di bahagian lelaki. Terlalu hampir dengan kawasan pelajar perempuan beratur, hanya di pisahkan dengan pagar-pagar besi. Pelajar-pelajar lelaki seramai empat orang itu merupakan pelajar senior tingkatan lima yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia  tahun ini. Tiba-tiba sahaja berdebar hati Sofia tatkala terpandang salah seorang pelajar tingkatan lima itu. Namanya ialah Ahmad Edzani B. Mukhtar. Edzani merupakan salah seorang pelajar harapan sekolah dan merupakan seorang pengawas sekolah. Cepat-cepat Sofia menyembunyikan raut wajah gusarnya tatkala menyedari kawan-kawannya yang lain yang sudah mulai makan.
“Malam ini kita ada perjumpaan dengan warden asrama di kantin ini. Lepas solat Isyak”, beritahu Mumtaz sambil mengenyit matanya kepada Iman. Dia tahu Iman tidak begitu suka kalau pihak asrama mengadakan perjumpaan kerana Iman lebih suka menghabiskan waktunya dengan tidur kalau ada waktu terluang. “Tahun ini saya akan berubah Mumtaz, saya tidak mahu asyik tidur saja, tahun depan SPM, jadi tahun ini saya akan mula struggle”, balas Iman kepada Mumtaz.  
Seperti yang telah diumumkan, majlis perjumpaan pertama penghuni asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman Jaya berjalan seperti yang telah dirancangkan oleh pihak pentadbir asrama. “Sekarang ni sudah pukul berapa Puteri?”, tanya Iman kepada Puteri Asyikin, pelajar tingkatan tiga yang berada di sebelahnya. “Sudah jam sebelas, akak”, jawab Puteri Asyikin sambil melihat jam di tangannya. “Saya sudah mengantuk Sofia”, kemudian Iman mengadu kepada Sofia menyatakan rasa hatinya yang begitu rindukan bantal busuknya. Barangkali dia sudah keletihan dengan aktiviti persekolahan hari ini, fikir Sofia sendiri. Sofia kemudian mengusap lembut tangan sahabatnya itu sebagai tanda meminta supaya bersabar. Selepas mengumumkan senarai nama baru barisan ketua, penolong , setiausaha, ahli jawatankuasa, ketua setiap biro atau unit  bagi kedua-dua ASPURA dan ASPURI, cikgu Zakri telah mengumumkan bahawa perjumpaan untuk semua pelajar yang telah dilantik akan diadakan pada hari Khamis ini pada pukul 9 malam bertempat di dewan makan asrama. Selepas itu cikgu Zakri bercakap dengan dua orang lagi warden asrama iaitu cikgu Ramli dan Ustaz Hassan. Mereka merupakan warden asrama yang bertanggungjawab mengenai disiplin dan tingkahlaku pelajar sepanjang pelajar-pelajar ini di bawah pengawasan mereka. Mereka bertiga juga tinggal dalam kawasan asrama di kuaters guru berhadapan dengan kawasan gelanggang badminton dan bola tampar asrama.
Sebelum bersurai, semua pelajar telah diberi dua helai kertas yang mana mengandungi segala peraturan asrama dan jadual hari orientasi yang bermula pada hari Jumaat ini. Semua pelajar kelihatan lega majlis perlantikkan ahli jawatan kuasa baru sessi 2007 telah berakhir.
Di dorm, kelihatan pelajar sudah ramai yang berada di katil masing-masing. Namun begitu, terdapat juga pelajar yang masih berbual sesama mereka. “Mumtaz, borang maklumat pelajar dan borang maklumat ibubapa sudah siap ke awak isikan?” tanya Sabrina kepada Mumtaz. “Sudah, Rin. Semua maklumat sudah saya sediakan sebelum ini, jadi mudahlah sedikit untuk isikan borang tersebut”, jawab Mumtaz sambil menepuk-nepuk bantal tidurnya itu. Selepas perjumpaan tadi mereka terus ke bilik air untuk menggosok gigi dan mengambil wudhuk, jadi sudah masanya mereka melelapkan mata. Jam di dinding dorm menunjukkan 11.40 minit malam. Patutlah Iman dan Sofia sudah lelap awal, rupa-rupanya masa sudah agak lewat.
Mengikut kebiasaan tahun-tahun lalu, warden atau ahli jawatan kuasa bertugas akan membuat rondaan selepas jam 11.30 malam bagi memastikan semua pelajar berada di dorm masing-masing untuk memastikan mereka mematuhi peraturan asrama dan demi menjaga keselamatan mereka daripada apa juga kemungkinan. Selepas waktu tersebut, biasanya lampu-lampu di setiap dorm dimestikan tutup dan pelajar tidak dibenarkan membuat bising. Tetapi sekiranya pada malam minggu seperti malam Jumaat dan malam Sabtu, pelajar-pelajar asrama biasanya akan tidur lewat sekiranya mereka ingin membuat ulangkaji lebih masa ataupun kerana program-program asrama yang telah dirancang, contohnya seperti program orientasi pelajar. Ada juga malam minggu di asrama akan digunakan oleh penghuninya untuk berbual-bual kosong sesama mereka.
Setelah mengambil sarapan pagi di kantin asrama, pelajar-pelajar sesi pagi akan mula ke sekolah. Sewaktu perjalanan ke sekolah bersama-sama Iman, Mumtaz dan Sabrina, Sofia terpandang ke arah Ahmad Edzani dan rakan-rakannya iaitu Syamil Mukhriz, Aizzat Emir dan Amar Zakuan. Setiap kali matanya terpandang Ahmad Edzani, dadanya berdebar-debar. Sesekali Sofia membetulkan tudungnya seakan-akan ingin menyembunyikan gelora di hatinya ketika itu. Dia cuba mengusir perasaan tersebut daripada bersarang dihatinya. Sofia mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Keempat-empat mereka itu adalah pemain pasukan bola sepak sekolah.  “Hensem juga Aizzat tu ya, Iman”, tiba-tiba terpacul ayat pujian daripada mulut Sabrina. Sabrina tahu pada tahun lepas Iman pernah juga menyuarakan rasa hatinya tentang dia mulai minat kepada pelajar lelaki yang bernama Aizzat Emir itu. Aizzat Emir yang mempunyai wajah seiras-iras Farid Kamil itu memang tampan. Hampir setiap pelajar perempuan meminatinya. Namun tidak pula mereka nampak dengan sesiapa pun dia berpacaran. Mumtaz dan Sofia saling berpandangan dan tersenyum bersahaja bila tajuk perbualan mereka pagi-pagi itu berkisar mengenai seorang lelaki yang menjadi pujaan di sekolah mereka.
“Rin, saya rasa Syamil Mukhriz lebih sesuai dengan awaklah. Muka awak berdua pun seiras-iras. Orang kata kalau muka seiras, tentu ada jodoh nanti”, Mumtaz cuba mengusik Sabrina dan muka Sabrina berubah menjadi kemerahan menahan malu. “Apa pendapat awak Sofia?”, tanya pula Mumtaz kepada Sofia yang hanya tersenyum dari tadi. “Apalah awak ni Mumtaz, tak baik tau nak libatkan saya. Tetapi saya setuju saja kalau Syamil Mukhriz ingin berkawan dengan Rin ni”, balas Sofia cuba mengenakan Sabrina. “Apa kurangnya Syamil tu Rin, dia penjaga gol pasukan bola sepak sekolah kita tau”, sambung Iman pula selamba. Kemudian, mereka ketawa berdekah-dekah dek kerana merasa yang Sabrina memang secocok dengan Syamil Mukhriz. “Cukup-cukuplah kenakan saya ni, jom perhimpunan sudah bermula tu”, Sabrina yang sudah malu dengan usikan kawan-kawannya sudah tidak tahan rasa malu diusik sebegitu. Memang Syamil Mukhriz langsung tiada dalam senarai ciri-ciri lelaki yang diminati olehnya.
Setelah selesai perhimpunan sekolah pada pagi itu, pelajar-pelajar tingkatan empat diminta oleh cikgu Sabariah supaya berkumpul sekali lagi di Dewan Sri Budiman untuk semakan kemasukan kelas tingkatan empat mengikut aliran masing-masing. Penempatan pelajar-pelajar tingkatan empat ini dibuat oleh guru berdasarkan keputusan PMR mereka yang lalu. Kelihatan pada senarai di papan kenyataan ada tujuh kelas tingkatan empat pada tahun ini. Kelas yang pertama ialah tingkatan empat Seroja dan diikuti oleh empat Melur, Teratai, Rafflesia, Angerik, Kenanga dan empat Dahlia. Pelajar di kelas Seroja dan Melur merupakan kumpulan pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen yang mana mata pelajaran elektifnya ialah Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Manakala kelas tingakatan empat Raflesia pula mengambil semua matapelajaran elektif Sains tulen kecuali Matematik Tambahan dan di tukar kepada mata pelajaran Information, Communication and Technology atau nama ringkas subjek ini ialah ICT. Kelas tingkatan empat Kenangan dan Teratai pula mengambil aliran sastera iaitu mata pelajaran elektif mereka ialah Tasawur Islam, Perdagangan, Ekonomi dan Pendidikan Seni. Manakala kelas tingkatan empat Anggerik pula adalah aliran sub sains yang mana mereka mengambil mata pelajaran Akaun, Matematik Tambahan dan Perdagangan dan Ekonomi sebagai mata pelajaran elektif mereka. Mata pelajaran teras yang lain adalah sama untuk semua kelas yang ada termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden dan Sejarah.
“Perhatian untuk semua pelajar, sila semak nama awak semua di papan kenyataan dan esok boleh mula masuk kelas masing-masing seperti biasa. Jadual akan diagihkan kemudian kepada semua guru-guru kelas yang terlibat”, begitu jelas sekali arahan yang telah dikeluarkan oleh cikgu Sabariah selaku guru di Unit Bimbingan dan Kaunseling yang terlibat secara langsung dalam penempatan pelajar tingkatan empat ini. “Sekiranya nama awak tiada dalam senarai, sila berjumpa dengan saya dan kepada sesiapa yang ingin menukar aliran diharapkan bersabar dan saya yakin kita dapat menentukan kelas awak semua dalam minggu ini juga atau paling lambat ialah minggu depan”, sambung cikgu Sabariah lagi. “Buat masa ini, saya berharap agar semua pelajar masuk dahulu ke kelas yang telah ditetapkan, jangan bimbang ya pelajar-pelajar kerana kita masih lagi berkesempatan untuk membuat sebarang perubahan kelas dalam masa terdekat ini”, kata-kata lembut cikgu Noraini juga turut membantu pelajar-pelajar yang sudah bercelaru dengan pilihan aliran mereka.
Sebelum waktu rehat bermula, pelajar-pelajar tingkatan empat juga diingatkan agar mereka menyerahkan dua borang maklumat pelajar kepada guru kelas masing-masing pada keesokkan hari bagi tujuan rekod murid di bahagian Sistem Maklumat Murid (SMM) dan tujuan pengawasan disiplin setiap pelajar. Kelihatan pelajar-pelajar mula meluru ke arah papan kenyataan yang dipaparkan nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka yang telah siap disusun atur mengikut kelas aliran mereka. Ada beberapa orang pelajar yang menjerit dan melonjak kegirangan dan ada juga pelajar yang berkerut-kerut barangkali mereka masih tidak faham kenapa mereka ditempatkan di kelas tersebut. Semuanya adalah berdasarkan keputusan dan prestasi setiap pelajar dalam peperiksaan PMR mereka.  Mereka pasti akan mengutarakan setiap persoalan kepada guru kelas yang akan bertanggungjawab untuk kelas mereka esok hari. Iman dan Sofia juga tidak ketinggalan menyertai kumpulan pelajar itu untuk menyemak nama mereka. Mereka berdua rasa gembira dan bersyukur kerana mereka berdua ditempatkan dikelas yang sama. Apa yang paling mereka suka ialah Mumtaz dan Sabrina juga akan berada sama-sama  dalam senarai kelas tingkatan empat Melur. Senanglah mereka nanti untuk berbincang dan membuat kerja sekolah bersama-sama. Inilah yang dikatakan Generasi Hebat! Mereka saling berpelukan kerana terlalu gembira.
Setelah menyemak nama dan kelas, pelajar-pelajar mula bergerak ke kantin untuk mengambil sarapan pagi mereka pada waktu rehat ketika itu. Daripada jauh, mata Sofia melirik kepada Aifa yang sedang ketawa bersama rakan-rakannya menuju ke kantin sekolah. “Saya rasa saya tidak mahu ke kantin hari ini, perut masih kenyang lagi”, beritahu Sofia kepada kawan-kawan baiknya. Sofia berkira-kira untuk duduk di bangku kayu di sebelah dewan sekolahnya itu. Bolehlah dia menghabiskan bacaan buku motivasi yang diberikan oleh kakaknya, Farahin sebelum dia berangkat ke kampus minggu lalu. Buku bertajuk Seteguh Tekad diterbitkan oleh Alaf 21memang akan memberi kesan mendalam kepada setiap pembacanya kerana buku genre autobiografi ini ditulis oleh Prof. Dr. Sidek Baba, seorang tokoh pendidik yang berjiwa besar dan beliau melalui autobiografi ini mengajak pembacanya menilai erti sebuah kehidupan yang amat perlu diisi dengan ilmu pengetahuan. Bagi Sofia sendiri, buku ini juga menceritakan pengalaman penulis dan menyelami kehidupan penulis dalam menjejak tangga-tangga kejayaan. Dia begitu kagum dengan jiwa kental yang dimiliki oleh Prof. Dr. Sidek Baba.

**         **         **         **         **         **         **






8 Rahsia Orang Bijak

 Assalamualaikum Semua....

Hari ini saya jumpa tips / rahsia orang bijak...suka dan senang hati nak share dengan sesiapa saja yang baca blog saya ni....nanti sila refer kat website di bawah untuk tengok kat mana saya ambil article ni....
 *************************************************************************
Semua orang didunia ini suka apabila merasakan diri mereka bijak. Ya, sememangnya manusia adalah makhluk yang bijak kerana mempunyai akal yang mampu untuk membuat pertimbangan. Akal yang bijak sudah semestinya lahir daripada otak yang cerdas. Jadi bagaimanakah cara anda menjaga otak untuk membantu menjadi orang yang lebih bijak?
Mengambil sarapan pagi- Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti persembahan anda untuk sepanjang hari tersebut. Ini menunjukkan bahawa pentingnya mengambil sarapan didalam kehidupan seseorang. Seseorang yang tidak mengambil sarapan akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.
Elak makan secara berlebihan- Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.

Elak merokok- Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda.
Elak daripada mengambil gula secara berlebihan- Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak anda yang akan menyebabkan anda menjadi seorang yang kurang bijak.
Hidu udara yang bersih-  Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.
Tidur secara berlebihan- Tidak dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.
Tidur dengan menutup muka- Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan gas karbon oksida terperangkan dan akan dihidu semula. Ini akan menyebabkan otak kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.

Kurang berimaginasi/berfikir- Sesuatu barangan yang jarang digunakan sudah pasti akan mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu dilakukan. Begitu juga dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak.

- Artikel iluvislam.com

 Source:
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/4342-8-rahsia-orang-bijak.html