For Things To Change, We've To Change!

28 February 2012

Aktiviti sejak akhir-akhir ini...



Assalamualaikum....


Banyak nak share story kat sini actually. Hari ni aku dan classmates pergi lagi ke Dewan Seri Negeri menghadiri Seminar Antarabangsa bertajuk : Hang Tuah Sebutir Lazuardi di Persada Tamadun Bangsa. Ini merupakan seminar ke-2 yang kelas kami hadiri. Alhamdulillah banyak dapat ilmu...lain-lain aktiviti sepanjang minggu di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka ialah:
a) Rancangan Kelas RBT untuk buat masakan berasaskan ikan kembung. Ini group of 3. 
b) Minggu lepas dah belajar asas2 jahitan.
c) Nak buat micro teaching....aku mungkin buat kemahiran berasaskan papan putih.
d) Esok petang ada rehearsal sukan tradisional anjuran pelajar PPSIMP.
e)Hari Sabtu dan Ahad ada kursus Kejohanan Olahraga Malaysia.
Banyak lagi assignment yang nak buat ni....terkedu sekejap....


Ingat kejap lagi nak siapkan Presentation Sejarah Tradisional Malaysia dahulu, baru nak sentuh micro teaching....rasa penat sangat.....


*masa kat Dewan Seri Negeri tadi papa telefon, aku minta papa doakan aku sama agar aku sihat dapat habiskan Program DPLI ni sebaik mungkin....


Insyaallah...kalau orang lain boleh, sudah tentu aku pun boleh kan?


Salam sayang,
Aku .....
di bilik B07 Asrama Dang Wangi,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

11 February 2012

Hari-hari indah yang aku lalui....

Assalamualaikum.....

Hari ini 11/2/2012....Minggu ni aku tidak balik memandangkan minggu lepas dah balik. Banyak masa dihabiskan di asrama Dang Wangi. No. bilik aku B07. kENANGAN tue...bila lagi kan! Malam tadi di BISA (Balai Islam Syaiditina Aisyah) diadakan tayangan movie Delisa....tentang tsunami yang melanda salah satu daerah di Aceh...mmg super duper sedih weh...Lepas solat Isyak malam tadi papa kol. Adik dan kakak yang banyak cakap. Rindu kat anak2 aku. 2 minggu macam 2 bulan tak jumpa. Ingat nak balik Jumaat ni, tengok camana schedule. Kat sini juga aku nak share yang 8/02/12 lepas  aku ke Hospital Melaka dengan roommate aku. Dia demam dan aku pula sakit lutut yang teramat lepas buat larian 2 pusingan di track PGL. PGL tu ialah nama singkatan bagi stadium Puteri Gunung Ledang di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka ni. Di sinilah, guru-guru pelatih akan menjalankan aktiviti sama ada untuk subjek PJ, Olahraga dan Unit Beruniform (Pengakap/ KRS). tENTANG sakit lutut ini, aku masih lagi rasa sakit dan sekali sekala solat dengan duduk di kerusi. hARAP2, sesiapa yang terbaca catatan ini dapat sama2 doakan kesihatan utk. aku. Banyak story yg nak share, cuma masa tidak mengizinkan. Pagi tadi sejurus aku dan Nida (nama roommate aku), selesai cari buku di Perpustakaan Awam Melaka (Perpustam) kami terus ke Melaka Central (MC) untuk makan pagi plus makan tghari. Lepas tu kami terus ke Mydin di seberang jalan. Sempat aku beli tudung putih (RM10 jew) untuk pakai time PJ/ Olahraga nanti. Selepas beli barang2 di Mydin, kami singgah kejap di Said Bin SK Omar. Ini kedai barang2 atau kedai baju unit beruniform. semua ada kat sini....aku usha set lengkap UNIFORM utk KRS dengan kasut full leather sekali...aku bagi tahu Awis (anak tuan kedailah kot) yang aku akan kol dia kalau aku jadi nak deal ngan dia pasal uniform KRS untuk unit aku dan unit BI ni. tut2...malam ni (dalam kul 9pm tadi...aLIN(ketua platun KRS) and intan (S/U) DATANg bilik aku meeting pasal baju uniform tu). apalagi, lepas meeting, aku terus kol Awis dan set appt. utk jumpa ngan dia esok petang. harap2 semua berjalan lancar...semua ini aku lakukan sebagai merangkap Bendahari Unit KRS ini. ini amanah Cikgu Azman dan SEMUA ahli2 unit KRS ni.....tentative esok pagi pula.... nak join pihak maktab ke Baiti Qura, di Sungai Udang....pasal program apa? aku pun tak pasti lagi....ini 1st time nak pergi...apa2 hal, aku update lagi sok2 yer...

* nak tengok kerja sekolah jap......
Tengs semua.