Alhamdulillah......Rasa bersyukur...terima kasih Allah kerana banyak membantu aku.....terima kasih juga teman2 sekelas yang banyak menyokong...hanya Allah saja yang mampu membalas jasa2 baik kalian......terima kasih.........
Nak share dengan teman-teman juga....sedikit bingkisan yang saya petik daripada bacaan buku bertajuk "Sulaiman, sang penakluk hati" oleh Fatih Beeman...sama2 kita hayati......
"Perempuan hebat bukan dilihat daripada paras wajahnya, tetapi dari kecantikkan hati yang ada di baliknya.
Perempuan hebat bukan dilihat daripada bentuk tubuhnya yang mempersonakan tetapi dilihat daripada sejauhmana dia menutupi bentuk tubuhnya.
Perempuan hebat bukan dilihat daripada banyaknya kebaikan yang ia berikan, tetapi daripada keikhlasan saat dia memberikan kebaikan itu.
Perempuan hebat bukan dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering lidahnya ucapkan.
Perempuan hebat bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi dilihat daripada bagaimana dia berbicara.
Perempuan hebat bukan dilihat daripada keberaniannya dalam berpakaian, tetapi dilihat daripada sejauhmana dia berani mempertahankan kehormatannya.
Perempuan hebat bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di jalan, tetapi dilihat daripada kekhuatiran dirinya yang mengundang orang untuk tergoda.
Perempuan hebat bukan dilihat daripada seberapa banyak dan besarnya ujian yang dijalani, tetapi dilihat daripada sejauhmana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.
Akhir sekali,
Perempuan hebat bukan dilihat daripada seberapa supelnya (perkataan Indonesia...) dalam bergaul, tetapi dilihat daripada sejauhmanakah dia bisa menjaga kehormatannya dalam bergaul..."
Special thanks goes to Fatih Beeman, the writer of "Sulaiman, Sang Penakluk Hati"...Alhamdulillah pembacaan saya sudah tamat. Terima kasih juga buat Adik Fadhilah Sukimin (PISMP PA JAN 2012)....sebab bagi pinjam baca buku ni......
No comments:
Post a Comment